Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SPH jalani semakan strategik bagi maksimumkan nilai pemegang saham

SPH lapor keuntungan meningkat 26.1 peratus kepada $97.9 juta separuh pertama tahun ini
Mar 31, 2021 | 05:30 AM



KUMPULAN media, Singapore Press Holdings (SPH) Ltd sedang menjalani semakan strategik untuk menimbangkan pilihan bagi pelbagai perniagaannya.



Ini bertujuan untuk memanfaatkan dan memaksimumkan nilai pemegang saham jangka panjang, menurut kenyataan syarikat itu semalam.



Pengumuman ini dibuat sedang keuntungan bersih SPH meningkat sebanyak 26.1 peratus kepada $97.9 juta bagi separuh tahun pertama yang berakhir pada 28 Februari, ekoran pemulihan dalam pelbagai segmen perniagaannya daripada Covid-19.



"Sementara perniagaan media SPH terus berdepan dengan sekitaran operasi dan ramalan yang mencabar, para lembaga pengarah percaya bahawa SPH tetap kurang dinilai dan matlamat semakan strategik ini adalah untuk memanfaatkan dan memaksimumkan nilai pemegang saham jangka panjang," kata SPH.



SPH, yang menerbitkan akhbar Berita Harian, telah melantik Credit Suisse (Singapore) sebagai penasihat kewangannya bagi semakan itu.



Semakan itu tidak menjanjikan sebarang urus niaga atau perjanjian yang tentu, tambah syarikat itu.



Ketua Pegawai Eksekutif SPH, Encik Ng Yat Chung dalam satu sidang media semalam berkata bahawa syarikat itu akan mengambil seberapa lama yang diperlukan untuk semakan itu.



Tambah kenyataan SPH, pengumuman lebih lanjut akan dibuat bila diperlukan manakala pemegang saham dinasihatkan supaya berhati-hati apabila menguruskan saham mereka.



Dalam pada itu, keuntungan operasi SPH meningkat 16.6 peratus kepada $119.8 juta.



Pendapatan keseluruhan merosot 4.2 peratus kepada $460.3 juta, ekoran pendapatan operasi dari segmen media yang mengecut.



Namun kejatuhan ini diimbangi oleh pendapatan sewa yang lebih tinggi, $15.4 juta, hasil sumbangan daripada segmen perniagaan, portfolio penginapan pelajar (PBSA) serta runcit dan komersial di samping pendapatan geran daripada Skim Bantuan Pekerjaan (JSS), $15 juta.



Mengulas prestasi itu semasa membentangkan laporan kewangan, Encik Ng berkata:



"Prestasi operasi bagi segmen perniagaan bukan media yang didahului oleh PBDA, runcit dan komersial telah pulih sedang ekonomi pulih semula secara beransur-ansur.



"Meskipun kami dapat meluaskan pelanggan, perniagaan media kami terus terjejas oleh kemerosotan berstruktur dalam pengiklanan dan kesan Covid-19.



"Kami akan meneruskan strategi transformasi digital dan usaha untuk menempatkan media dalam kedudukan lebih mampan."



Pendapatan bagi perniagaan media mengecut 23.9 peratus kepada $193.1 juta.



SPH menjelaskan, pendapatan pengedaran pula susut 4.7 peratus sedang penjualan cetakan akhbar purata harian merosot 16 peratus.



Ini diimbangi oleh pertumbuhan pengedaran digital yang kukuh, dengan kenaikan 20.2 peratus bagi penjualan digital akhbar purata harian, iaitu sekitar 70,000 salinan.



Menurut SPH, jumlah salinan digital telah melebihi salinan cetakan, menyumbang kepada 53 peratus daripada jumlah pengedaran keseluruhan pada separuh pertama tahun ini.



Prestasi perniagaan runcit dan komersial pula lebih mantap meskipun dengan kesan Covid-19, tumbuh 4.4 peratus kepada $154.6 juta, manakala pendapatan PBSA berkembang 24.2 peratus kepada $35.3 juta.



SPH akan memberikan dividen interim lebih tinggi sebanyak 3 sen, berbanding 1.5 sen pada tempoh sama tahun lalu. Ia akan dibayar pada 21 Mei ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >