Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SPH lancar pasaran foto digital Photonico

Oct 01, 2018 | 04:36 PM



LAMAN yang menawarkan imej stok bermutu tinggi berkaitan Asia dilancarkan Singapore Press Holdings (SPH)  hari ini. 



Photonico, sebuah pasaran foto digital, akan menampilkan budaya kontemporari Asia dan fotografi warisan. 



Dipimpin oleh bahagian produk media digital SPH yang baru dibentuk, pasukan jurugambar, pereka, jurutera SPHTech dan kakitangan lain bekerjasama untuk membentuk www.photonico.asia.



Dengan menggunakan arkib SPH dari sekitar 1948 dan rangkaian penyumbang tempatan, pasaran tersebut mempunyai lebih daripada 12,000 imej yang tersedia untuk dibeli pengguna, dan lebih banyak lagi akan ditambah kepada repositori itu setiap hari. 



Gambar-gambar unik Asia ini disusun mengikut kategori seperti warisan, makanan, alam semula jadi dan haiwan, perniagaan di Singapura dan juga negara-negara Asia. 



Koleksi tematik ini akan disediakan untuk pengguna individu, cetak atau komersial dengan bayaran yang sesuai dengan penggunaan.



Ketua Pegawai Produk SPH Encik Gaurav Sachdeva berkata: 

“Photonico mencerminkan keinginan SPH untuk meletakkan dirinya sebagai sebuah syarikat yang berorientasikan pelanggan, dan yang menghasilkan produk yang memenuhi keperluan pengguna kami dengan cara yang paling relevan. 



“Pasukan produk media digital kami akan terus memanfaatkan aset media kami dan keupayaan menghasilkan kandungan untuk membangunkan produk inovatif yang memperkayakan kehidupan pengguna kami.” 



Ketua Pegawai Teknologi SPH, Glen Francis berkata: “Oleh kerana Photonico berkembang, pelanggan kami akan mengalami gabungan reka bentuk grafik, kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin- kesemuanya memberikan kuasa di sebalik tabir Photonico.” 



Photonico akan dipaparkan sebagai sebahagian daripada pameran World Press Photo 2018 yang akan diadakan mulai Sabtu ini hingga 28 Oktober di Muzium Negara. 



Pameran anjuran The Straits Times, akan memaparkan 161 gambar yang telah memenangi anugerah yang telah menangkap imej berita yang paling bermakna dari seluruh dunia. 



Sempena pameran itu juga, The Straits Times akan mempamerkan foto terbaik oleh jurugambar yang diambil tahun lepas dan tahun ini. 



Dalam pengumuman yang berasingan, SPH berkata ia telah menandatangani perjanjian dengan Institut Pengkomputeran Prestasi Tinggi A*Star (IHPC) untuk mewujudkan satu sisem yang dapat memastikan mutu tajuk berita untuk meningkatkan tarikan pembaca dan literasi media.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >