Subuh
5:46
Syuruk
7:05
Zuhur
1:10
Asar
4:27
Maghrib
7:14
Isyak
8:24

SPH lantik mantan pengerusi eksekutif PwC sebagai pengarah bebas

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

SPH lantik mantan pengerusi eksekutif PwC sebagai pengarah bebas

Jul 09, 2021 | 05:30 AM

SINGAPORE Press Holdings Limited (SPH) telah melantik Encik Yeoh Oon Jin sebagai pengarah bebas dalam lembaganya berkuat kuasa hari ini.

Beliau juga akan dilantik sebagai anggota jawatankuasa eksekutif dan jawatankuasa audit.

Encik Yeoh, 60 tahun, sebelum ini Pengerusi Eksekutif PwC Singapore sebelum bersara tahun ini. Beliau telah bersama PwC selama 38 tahun.

Beliau merupakan anggota utama pasukan kepimpinan firma tersebut selama lebih 15 tahun.

Beliau kini antara lain berkhidmat sebagai pengerusi Penguasa Tanah Singapura (SLA), dan Naib Pengerusi Persekutuan Perniagaan Singapura.

"Saya gembira dengan peluang yang diberikan untuk menyertai lembaga SPH.

"Sedang SPH melalui tempoh perubahan, saya gembira dapat memanfaatkan pengalaman saya untuk menyumbang kepada perkembangan dan kejayaan syarikat ini," kata Encik Yeoh.

Pengerusi SPH, Dr Lee Boon Yang, berkata penyertaan Encik Yeoh dalam lembaga SPH tepat pada masanya sedang syarikat itu menghadapi cabaran daripada gangguan industri media serta kesan pandemik Covid-19.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3