Subuh
5:37
Syuruk
6:54
Zuhur
12:58
Asar
4:01
Maghrib
7:01
Isyak
8:09
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

PELANCARAN AKADEMI SPH

SPH Media mahu jadi penyedia kandungan media terbaik di rantau ini

Feb 24, 2022 | 05:30 AM

ENTITI media setempat SPH Media Trust (SMT) bermatlamat menjadi penyedia kandungan berbilang media yang terbaik di rantau ini, kata pengerusi SMT, Encik Khaw Boon Wan sempena pelancaran Akademi Media SPH semalam.

Encik Khaw berkata selain melatih dan mempertingkat kemahiran kakitangannya, akademi itu bermatlamat mencapai dua sasaran; mempertingkat standard media yang dikeluarkan SMT; dan kedua, menghasilkan wartawan serta membina rangkaian serantau yang mempunyai hubungan, pengetahuan dan kepakaran mendalam terhadap rantau ini.

SMT, antara lain menerbitkan akhbar The Straits Times, Lianhe Zaobao dan Berita Harian.

Encik Khaw berkata, penyedia laporan dan analisis mahir terhadap rantau ini seperti isu politik, ekonomi dan perniagaan sebaiknya bukan berasal dari syarikat media asing atau dari barat.

Antara lain, beliau merujuk kepada akhbar Financial Times dan The New York Times antara contoh media asing berkenaan, meskipun mereka mempunyai koresponden yang dikerah untuk menulis di rantau ini.

"Pihak yang betul-betul mempunyai pengetahuan secara mendalam dan intim itu sepatutnya adalah kami (SMT)," tegas Encik Khaw.

"Kami belum sampai ke tahap itu namun kami harus berusaha mencapainya," tambahnya.

Sebelum ini, Encik Khaw telah berkata perniagaan media Singapore Press Holdings telah menyaksikan pelaburan berkurangan terhadap bakat dan teknologi sepanjang beberapa tahun lalu.

Disebabkan kemerosotan pendapatan iklan cetak dan pengedaran, pendapatan perniagaan media SPH kian merosot sejak beberapa tahun lalu.

September lalu, pemegang saham SPH memilih agar cabang media itu dipindahkan kepada sebuah syarikat terhad dengan jaminan (CLG).

Encik Khaw berkata semalam, dari segi struktur syarikat, ia telah selesai pemindahannya secara sepenuhnya sejak ia dipindahkan kepada SMT pada 1 Disember lalu.

"Namun kerja-kerja substantif terhadap transformasi SPH Media baru sahaja bermula," katanya.

"Kami masih ada banyak lagi kerja yang perlu diusahakan kerana kami mempunyai cita-cita yang besar...

"Ini bermakna menghasilkan kandungan laporan, analisis dan wawasan yang bermutu.

"Kami mesti berada di dalam kedudukan untuk menghasilkan kandungan yang mana orang ramai bersedia untuk melangganinya serta membayar untuknya dan kunci untuk mencapai itu adalah bakat," tegas Encik Khaw lagi.

Beliau berkata bakat syarikat itu perlu saling dipertingkat dan dilatih kerana bidang media berubah dengan pantas sama ada dari segi teknologi atau dari segi cara menghasilkan kandungan yang dapat mendekati serta menarik perhatian orang ramai.

Encik Khaw berkata akademi tersebut juga akan menjadi sebuah plaform yang baik untuk membina satu rangkaian serantau yang boleh diperluas pada masa depan.

Ini lebih lagi sedang syarikat media serantau lain turut menghadapi cabaran revolusi digital serta penyebaran maklumat palsu.

"Semua orang mempunyai pengalaman yang relevan untuk dikongsi dan saya berharap akademi ini akan menawarkan sebuah platform untuk kami mencapai pelbagai matlamat itu," kata beliau lagi.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3