Subuh
5:32
Syuruk
6:55
Zuhur
12:58
Asar
4:22
Maghrib
6:58
Isyak
8:13
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SPH Media perkukuh proses selepas kesilapan data edaran dikesan susuli semakan dalaman

Jan 09, 2023 | 05:53 PM



KUMPULAN media, SPH Media Trust telah mengambil langkah untuk mengukuhkan prosesnya selepas satu semakan dalaman mendedahkan kesilapan dalam laporan maklumat edarannya.



Kesilapan itu didapati ketika SPH Media menjalankan semakan proses dalamannya pada Mac 2022, menurut jurucakap SPH Media.



Kakitangan yang terlibat telah dikenakan tindakan dan meninggalkan SPH.



Jurucakap itu menyatakan demikian selepas terdapat berita dalam talian yang menyatakan tiga kakitangan SPH Media Trust akan meninggalkan SPH disebabkan dakwaan jurang dalam perangkaan langganan dan peredaran baru-baru ini.



“Sedang pertubuhan itu memulakan perjalanan baru, SPH Media memulakan satu semakan mengenai proses laporan pada Mac 2022, termasuk pelaporan perangkaan edaran.



"Beberapa perkara yang tidak konsisten dalam pelaporan data telah ditemui, dan kami telah dengan segera mengambil langkah untuk mengukuhkan proses-proses itu.



“Kakitangan yang terlibat telah dikenakan tindakan, atau telah meninggalkan organisasi ini,” kata jurucakap SPH.



Semakan itu mendapati terdapat jurang peredaran 85,000 hingga 95,000 purata harian bagi semua media di bawahnya yang mewakili 10-12 peratus dari peredaran purata harian.



Antara kesilapan yang telah ditemui semasa semakan dalaman termasuk kontrak yang telah luput tetapi masih terus dikira dalam perangkaan edaran.



Terdapat juga salinan akhbar yang dicetak dan dikira untuk peredaran dan kemudiannya dimusnahkan.



Selain itu, terdapat kiraan sebanyak dua kali bagi langganan dalam beberapa insiden, manakala satu akaun projek telah disuntik dengan pembiayaan tambahan buat beberapa tempoh masa tertentu untuk membeli peredaran ‘rekaan’ yang ditemui semasa semakan itu.



Pada Isnin (9 Januari), jurucakap Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) mengulas:



"Pihak MCI telah meminta SPH Media Trust (SMT) untuk berkongsi penemuan penuhnya dan telah menerima laporan dalaman SMT mengenai perkara itu baru-baru ini. 



"Pihak MCI akan menjalankan semakan kami sendiri untuk menentukan sama ada beberapa perkara yang tidak konsisten dalam data edaran itu akan menjejaskan keputusan untuk membiayai serta jumlah komitmen pemerintah untuk membiayai SPH Media.



“MCI menjangkakan SPH Media akan bekerjasama sepenuhnya dengan semakan kami.”



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >