Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PELANCARAN AKADEMI SPH

SPH Media Trust lancar akademi tingkat kemahiran wartawan, latih yang baru

Feb 24, 2022 | 05:30 AM



SEBUAH akademi media baru telah dilancarkan SPH Media Trust untuk melatih kakitangan baru serta membantu wartawannya mempertingkat kemahiran mereka.



Akademi Media SPH baru itu akan bekerjasama dengan veteran industri media serta institut antarabangsa seperti Institut Poynter dari Florida, Institut Reuters bagi Pengajian Kewartawanan di Universiti Oxford dan Sekolah Perhubungan dan Kewartawanan Universiti Tsinghua untuk menawarkan kursus latihan kepada wartawan.



Buat masa ini, akademi itu hanya dibuka kepada kakitangan SMT sahaja, namun ia dalam perancangan untuk membuka kursus-kursus itu kepada wartawan daripada syarikat media lain, termasuk dari syarikat tempatan serta syarikat asing di rantau ini.



Berucap semasa acara pelancaran akademi itu di bilik berita The Straits Times, pengerusi SMT Encik Khaw Boon Wan berkata:



"Saya berharap ia akan menjadi sebuah platform yang baik untuk membina sebuah rangkaian serantau untuk mengendali rakan-rakan kami yang lain dan untuk mengenali antara satu sama lain."



Menurutnya, semua rakan seindustri di sini dan di rantau ini mengalami cabaran yang sama, iaitu gangguan digital serta tangani penyebaran maklumat palsu.



Kursus yang ditawar akademi termasuk program asas bagi kakitangan SMT seperti undang-undang media, latihan asas penerbitan digital dan pelbagai lagi kursus yang memberi tumpuan kepada penghasilan kewartawanan bermutu seperti menyelidik fakta dan laporan berdasarkan bukti data.



Terdapat juga kursus bagi aspek perniagaan media lain seperti strategi menarik pembaca, penghasilan kandungan berbilang media, pengurusan kakitangan, serta kursus pengetahuan terhadap ehwal pemerintahan, ekonomi dan geopolitik.



Kakitangan baru diperlukan menjalani program asas pada tahun pertama yang melengkapi mereka dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk melaksanakan tugas.



Mereka juga akan menerima latihan sambil bekerja secara berstruktur oleh penyelia dalam bulan pertama selepas memasuki bilik berita.



Wartawan akhbar vernakular seperti Lianhe Zaobao, Berita Harian dan Tamil Murasu juga boleh menyertai kursus berkaitan penterjemahan bahasa bagi penulisan berita.



Wartawan veteran, Encik Paul Jacob, timbalan editor The Straits Times dan dekan Akademi Media SPH berkata kursus-kursus yang disediakan itu adalah campuran kandungan berdasarkan permintaan, seperti video dan modul pembelajaran maya kendiri, serta kelas dalam talian dan kelas fizikal.



Menurutnya, ia penting bagi wartawan untuk terus mempertingkat pengetahuan dan kemahiran sepanjang kerjaya dan hidup mereka dan membina cara baru melaksanakan tugas dalam industri yang berubah dengan pantas.



"Banyak yang sedang berubah dalam industri ini yang mana kami seolah sedang sentiasa berlumba (catch-up) sahaja," kata Encik Jacob.



Encik Don Yeo, ketua pegawai kakitangan dan naib presiden eksekutif (korporat) SMT berkata, akademi itu adalah komponen utama dalam usaha pembinaan dan mengekalkan bakat.



Beliau menambah pihak pengurusan kanan SMT berkomited memperuntuk 40 jam bagi latihan sambil bekerja setiap tahun bagi setiap kakitangan di bawah satu dasar baru.



"Ini adalah bukti komitmen kami untuk memastikan bilik berita kami diperuntuk sumber yang mencukupi supaya dapat meluangkan masa bagi setiap kakitangan untuk memenuhi keperluan latihan mereka," kata Encik Yeo lagi.





“Bagi saya ia (Akademi Media SPH) adalah sebuah platform yang baik bukan sahaja untuk melatih kakitangan kami, namun juga platform untuk membina satu rangkaian serantau, untuk mengendali rakan-rakan kami dan mengenali satu sama lain. Ini kerana kita semua sedang melalui cabaran yang sama. Mereka mengalami gangguan daripada revolusi digital dan mereka juga sedang mencari cara tersendiri untuk menjadi sumber yang diyakini dengan adanya penyebaran maklumat palsu secara meluas.”
- Pengerusi SPH Media Trust, Encik Khaw Boon Wan.






“Tiada perbezaan yang jelas antara fasa pembelajaran (sewaktu di sekolah) dengan fasa bekerja dalam hidup kami. Namun ia lebih penting sekarang untuk kami menyatukan kedua-dua fasa itu supaya fasa pembelajaran itu kekal berterusan sepanjang kerjaya dan hidup kami. Ini merupakan satu perubahan pemikiran yang ketara dan ia sesuatu yang kami sebagai individu dan sebagai sebuah syarikat serta saya dan pasukan Akademi Media ini perlu lakukan.”
- Dekan Akademi Media SPH, Timbalan Editor The Straits Times, Encik Paul Jacob.

 





Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >