Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SPH Media Trust tumpu pelaburan pada bangunkan bakat, teknologi: Khaw Boon Wan

Jan 27, 2022 | 06:30 PM



SPH Media Trust (SMT) telah membuat pelaburan besar dalam bidang teknologi, selain memperkukuh tenaga kerjanya, sepanjang beberapa bulan lalu dan ia akan terus memberi tumpuan pada dua bidang itu pada masa hadapan, kata Pengerusinya, Encik Khaw Boon Wan.



Dalam satu taklimat semalam mengenai kemajuan yang dicapai SMT sejak pemindahan operasi media kumpulan Singapore Press Holdings Limited (SPH) kepada SMT, sebuah syarikat terhad dengan jaminan (CLG), Encik Khaw mendedahkan pemerintah bersetuju secara prinsip untuk menyokong pelaburan awal yang diperlukan SMT.



Encik Khaw menekankan misi utama SMT ialah memperjuangkan kewartawanan bermutu dan boleh dipercayai demi kebaikan umum.



Dengan misi sedemikian, pemerintah bersedia menyediakan pendanaan dalam bidang seperti pembangunan keupayaan, yang tempoh pulangannya panjang.



“Dalam hal ini, kita mempunyai justifikasi untuk mendapatkan sokongan pemerintah,” ujar beliau, sambil menambah bahawa perincian pendanaan pemerintah itu akan diumum oleh Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) tidak lama lagi.



Sehubungan dengan itu, Encik Khaw berkata SMT sedang meneliti tahap sokongan yang diperlukannya dan indeks prestasi utama (KPI) yang perlu dipenuhi.



Antara yang dibincangkan sejauh ini ialah metriks seperti jumlah audiens dan langganan.



Meskipun demikian, Encik Khaw menekankan sebahagian besar perkara yang ingin dilakukan SMT akan ditampung melalui pendapatan komersialnya sendiri, dan menjana keuntungan akan terus menjadi sesuatu yang penting.



Selain pendanaan pemerintah, SMT telah mendekati pertubuhan seperti persatuan suku kaum dan kumpulan masyarakat lain yang berkongsi matlamat yang sama dengan syarikat itu, termasuk dalam usaha mempromosikan bahasa ibunda.



“Perbincangan sedang berlangsung dan amat positif. Kami teruja dengan semangat positif sejauh ini dan kami berharap dapat membuat beberapa pengumuman atau berita baik tidak lama lagi, mungkin bulan depan,” ujar beliau.



Dalam taklimat semalam, yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sementara SMT, Encik Patrick Daniel; Ketua Editor Kumpulan Media Inggeris, Melayu dan Tamil, Encik Warren Fernandez; dan Ketua Editor Kumpulan Media Cina, Cik Lee Huay Leng; Encik Khaw berkata bilik berita di bawah syarikat SPH sebelum ini tidak dapat melakukan pelaburan dalam membangunkan keupayaan bakat dan teknologi.



Justeru, antara langkah yang diambil bagi menangani keadaan itu ialah pelaburan besar yang akan dilakukan SMT dalam menubuhkan Akademi Media dengan fokus memperkukuh kemahiran digital dan berbilang media wartawannya. 



Syarikat itu juga akan membuat pelaburan agresif dalam teknologi untuk meningkatkan pengalaman pengguna bagi aplikasi dan laman web penerbitannya, selain memastikan kandungan yang dihasilkan bilik berita dapat diterbitkan dalam masa sesuai dan secara berkesan.



Berkata demikian, Encik Fernandez menjelaskan SMT juga akan memberi tumpuan pada mempromosi bahasa ibunda, budaya dan nilain, selain membangunkan hubungan lebih mendalam dengan masyarakat bagi akhbar vernakularnya.



Penerbitan SMT juga akan berusaha meluaskan jangkauannya di peringkat antarabangsa dengan memperkukuh biro luar negara The Straits Times dan Lianhe Zaobao.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >