Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SPH, NLB lanjut akses percuma e-Akhbar bagi pengunjung perpustakaan di luar tempoh pemutus litar

May 28, 2020 | 12:30 PM



KEMUDAHAN menikmati secara percuma lapan suratkhabar versi elektronik terbitan Singapura Press Holdings (SPH) yang disediakan oleh Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) untuk pengunjung perpustakaan kini dilanjutkan sehingga melepasi tempoh pemutus rantaian jangkitan.



Lapan akhbar digital itu ialah The Straits Times, The Business Times, Berita Harian, The New Paper, Lianhe Zaobao, Lianhe Wanbao, Shin Min Daily News dan Tamil Murasu.



Semasa tempoh pemutus litar yang dijadualkan berakhir pada 1 Jun ini, pelanggan perpustakaan merasa mudah membaca surat khabar digital ini setiap hari dari rumah mereka. Populariti surat khabar digital ini mendorong NLB untuk bekerjasama dengan SPH untuk terus memberikan akses percuma dari rumah untuk pengunjung perpustakaan di luar tempoh pemutus litar. 



Ini sejajar dengan peralihan umum dari surat khabar fizikal ke digital di perpustakaan kami. Sebagai tambahan kepada edisi harian eAkhbar, pelanggan perpustakaan juga dapat mengakses terbitan surat khabar selama seminggu.



Encik Ng Cher Pong, Ketua Pegawai Eksekutif NLB, berkata: "Surat khabar SPH selalu sangat popular di perpustakaan kami. Ketika kami menawarkan akses percuma eAkhbar SPH semasa tempoh pemutus litar, kami melihat permintaan yang tinggi dalam pembacaan surat khabar dengan lebih ramai orang dapat mengakses surat khabar ini dari rumah. 



"Sebagai tindak balas kepada ini, kami memutuskan untuk bekerjasama dengan SPH untuk memperluas kerjasama ini di luar tempoh pemutus litar dan saya yakin lanjutan ini akan disambut baik oleh pelanggan kami. "



Encik Eric Ng, Timbalan Ketua Edaran SPH, berkata: "Kami gembira dapat meneruskan perkongsian ini dengan NLB untuk membantu pelanggan mereka terus dikemas kini dan terlibat melalui surat khabar eNews kami selama tempoh ini."



Pelanggan perpustakaan boleh mengakses eAkhbar secara percuma di go.gov.sg/nlb-enews dan log masuk dengan ID myLibrary mereka. 



Sebagai alternatif, mereka boleh log masuk ke aplikasi mudah alih NLB (go.gov.sg/re26dp) dan klik pada ikon SPH.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >