SPH tawar destinasi hiburan sehenti dalam talian, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:32
Syuruk
6:56
Zuhur
12:58
Asar
4:22
Maghrib
6:59
Isyak
8:13
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat3

SPH tawar destinasi hiburan sehenti dalam talian

Apr 23, 2020 | 05:30 AM

SINGAPORE Press Holdings telah melancarkan #StayHomeWithSPH, sebuah destinasi dalam talian sehenti dengan pelbagai kandungan video yang dipilih khas untuk menghiburkan penonton terutamanya dalam tempoh pemutus rantaian jangkitan kini.

Pengguna boleh melungsuri laman stayhome.com.sg, sebuah wadah digital khusus yang memberi penonton akses ke pelbagai video gaya hidup, termasuk resipi, panduan memasak, paparan fesyen, wawancara selebriti, ulasan gajet, dan banyak lagi.

Laman itu mengandungi kandungan video merentas rangkaian SPH seperti dari The Straits Times dan Lianhe Zaobao, SPH Magazines, dan stesen Radio SPH, serta video yang dipilih daripada pelbagai rakan kongsi.

#StayHomeWithSPH juga akan menampilkan kandungan daripada rakan kongsi seperti sesi senaman yang menyeronokkan dan mudah diikuti supaya penonton - muda dan tua - dapat terus bergiat aktif dan cergas ketika berada di rumah.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif SPH, Encik Anthony Tan, berkata: "Kita semua melakukan yang terbaik untuk menangani gangguan kepada kehidupan kita yang disebabkan oleh krisis Covid-19.

"Dengan lanjutan pemutus rantaian jangkitan, SPH berharap dapat membuat hari anda lebih ceria dengan kandungan menghiburkan dan menarik yang dapat anda nikmati sedang kita semua memainkan peranan kita untuk duduk di rumah, dan kekal selamat."

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map