Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SPH terus labur dalam transformasi perniagaan media

Nov 28, 2020 | 05:30 AM



KUMPULAN media Singapore Press Holdings (SPH) akan terus melabur dalam transformasi perniagaan medianya sebagai respons kepada amalan pengguna yang berubah dan dipercepat oleh pandemik Covid-19.



Dalam kenyataan pembukaannya bagi mesyuarat agung tahunan SPH yang diadakan secara maya semalam, Pengerusi SPH, Dr Lee Boon Yang, berkata kumpulan itu tidak terkecuali daripada kesan pandemik yang mengganggu ekonomi dan menjejas banyak perniagaan.



Mengenai prestasi perniagaan media, Dr Lee berkata meskipun pendapatan pengiklanan cetakan merosot pada tahun kewangan 2020, pengedaran, khususnya menerusi digital, meningkat.



Pendapatan pengiklanan cetakan merosot 32.9 peratus, manakala pengedaran cetakan dan digital tumbuh 6.1 peratus.



"Liputan menyeluruh dan bertepatan masa kami bagi Covid-19 dan pilihan raya umum mendorong kenaikan dalam jumlah pembaca dan langganan digital bagi semua penerbitan SPH.



"Khususnya, semasa tempoh pemutus litar (jangkitan Covid-19), lebih ramai merujuk kepada penerbitan kita untuk berita dipercayai dan bertepatan masa," ujarnya.



Beliau berkata SPH akan terus perkukuhkan perniagaan medianya dengan produk dan kandungan bermutu di pelbagai wadah.



Sementara itu, Ketua Pegawai Ekskeutif (CEO) SPH, Encik Ng Yat Chung, berkata SPH tidak terkecuali daripada perubahan pesat yang mengganggu industri media berita di mana sahaja.



"Amalan pengguna sedang berubah dan mereka semakin beralih ke media digital," kata beliau.



Disebabkan itu, SPH, yang turut menerbitkan akhbar Berita Harian dan Berita Minggu, menyaksikan pendapatan pengiklanan cetakan dan langganan cetakan - secara tradisional pemacu terbesar pendapatan - merosot.



Oleh itu, SPH akan terus mendigitalkan perniagaan medianya bagi menyegarkan dan mereka semula produknya, kata Encik Ng.



Usaha dalam sudut ini, yang dijalankan sebelum ini, telah menunjukkan hasil, di samping usaha menyekat kemerosotan pendapatan cetakan.



Misalnya, perubahan telah dibuat pada laman web dan aplikasi berita serta mempertingkatkan analitik data bagi merangsang langganan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >