Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Spize dan Spize Events didenda $32,000 berhubung kejadian keracunan makanan 2018

Dec 03, 2020 | 03:57 PM



SYARIKAT makanan dan minuman (F&B) Spize dan Spize Events didenda $32,000 setelah didapati bersalah atas 14 kesalahan berhubung kejadian keracunanan makanan dua tahun lalu, yang menyebabkan satu orang meninggal dunia.


Menurut kenyataan bersama oleh Pejabat Peguam Negara (AGC) dan Agensi Makanan Singaura (SFA) pada Khamis (3 Dis),  AGC telah meminta hukuman maksimum denda $10,000 untuk kesalahan memiliki makanan yang tidak sesuai untuk dimakan.


Pada 6 November 2018, makanan yang mengandungi kuman salmonela dibekalkan oleh Spize kepada firma keselamatan Brink's Singapore untuk satu acara syarikat.


Sejumlah 96 orang memakan makanan dalam 88 set bento itu yang  telah disediakan di cawangan Spize di River Valley.


Seramai 63 daripada mereka mengalami simptom  gastroenteritis – radang perut dan usus - setelah mengambil makanan itu dengan 45 daripada mereka dimasukkan ke hospital.


Seorang daripada mereka, Encik Mohamad Fadli Mohd Saleh meninggal dunia lapan hari kemudian akibat sepsis dan pelbagai kegagalan organ.


Lesen operasi Spize dan Spize Events dibatalkan pada 6 Disember 2018 dan mereka kemudian didakwa di mahkamah atas pelanggaran serious Akta Kesihatan Awam Persekitaran.


Kedua-dua syarikat itu mengongsi lembaga pengarah, dengan Spize Events pada waktu itu mengendalikan cawangan River Valley dan Spize menguruskan katering makanan.


Memandangkan kekurangan bukti untuk mengaitkan kematian Encik Fadli kepada kecuaian individu tertentu, tiada tuduhan dikenakan ke atas mana-mana individu. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >