Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SportSG, SportsHub Pte Ltd bersatu tangani isu nadi Hab Sukan

Feb 17, 2019 | 05:30 AM



AGENSI sukan nasional Sport Singapore (SportSG) akan bekerjasama dengan SportsHub Pte Ltd (SHPL) untuk menangani punca isu yang membelenggu Hab Sukan Singapura.



Mengatakan demikian kelmarin, SportSG berkata kedua-dua pihak akan berusaha memastikan warga Singapura berbangga dengan Hab Sukan Singapura.



Menurut akhbar The Straits Times, kenyataan itu dibuat oleh jurucakap SportSG apabila ditanya tentang prestasi keseluruhan SHPL menguruskan prasarana bernilai $1.33 bilion yang dibuka pada Jun 2014 itu.



Bulan lalu, Hab Sukan Singapura mendapat perhatian apabila ketua pegawai eksekutifnya (CEO), Encik Oon Jin Teik, tiba-tiba mengumumkan peletakan jawatannya pada 28 Januari.



Bekas perenang nasional itu - yang bakal melepaskan jawatan itu sepenuhnya selepas kejohanan Ragbi Tujuh Sepasukan (7s) Singapura HSBC yang akan berlangsung pada 13 hingga 14 April ini - menjadi orang ketiga meletak jawatan sebagai CEO dalam tempoh lebih tiga tahun.



Peletakan jawatannya itu memberi bayangan terdapat isu dalam SHPL.



Keputusan Encik Oon meletak jawatan difahamkan antara lain terdorong oleh model operasi usahasama awam dan swasta (PPP) Hab Sukan, yang memerlukan keseimbangan antara matlamat sosial sektor awam dengan matlamat sektor swasta dalam usahanya meraih keuntungan.



Di bawah model tersebut, pemerintah Singapura menyalurkan dana sebanyak $193.7 juta setahun kepada SHPL sepanjang 25 tahun mulai 2010, untuk mengendali Hab Sukan.



Apabila ditanya sama ada model PPP telah menyebabkan ketegangan dalam hubungan antara SHPL dengan pemerintah, jurucakap SportSG berkata:



"SHPL dan SportSG mahukan sebuah Hab Sukan yang boleh dibanggakan semua warga Singapura.



"Oleh itu, kami telah bekerjasama untuk menangani punca isu dalam projek ini.



"SportSG telah menjelaskan pandangan dan jangkaan kami, sementara SHPL turut komited menangani isu ini."



Namun apabila ditanya tentang peruntukan yang ditetapkan sekiranya pemerintah ingin membatalkan kontrak tersebut dan mengambil semula kawalan ke atas Hab Sukan, jurucakap itu enggan mengulas, atas dasar tanggungjawab memastikan hal itu dirahsiakan.



Apabila ditanya sama ada pemerintah sedang mempertimbangkan langkah sedemikian pula, jurucakap tersebut berkata SportSG tidak akan mengulas tentang spekulasi.



"Adalah amat penting Hab Sukan sentiasa berusaha memperbaiki tawaran dan operasinya.



"SportSG akan terus memastikan SHPL bertanggungjawab menyediakan sebuah hab sukan, hiburan dan gaya hidup kelas pertama dan bersemangat bagi warga Singapura," ujarnya.



Beliau turut menarik perhatian jumlah acara sukan yang kian bertambah di Hab Sukan itu sejak ia dibuka termasuk Sukan SEA, Sukan Para Asean dan sebagainya.



Tahun lalu, lebih 210 acara diadakan di Hab Sukan, yang menerima lebih tiga juta pengunjung.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >