MENJELANG PILIHAN RAYA

SPP-DPP perkenal pasukan bagi GRC Bishan-Toa Payoh

PARTI Rakyat Singapura (SPP) dan Parti Progresif Demokratik (DPP) akhirnya mendedahkan lima anggota dalam pasukan gabungan mereka yang akan bertanding di GRC Bishan-Toa Payoh, lebih tiga minggu selepas kededua parti bersetuju bekerjasama bagi pilihan raya nanti.

Mereka adalah ketua DPP, Encik Benjamin Pwee, 47 tahun, dan pengerusinya, Encik Hamim Aliyas, 50 tahun, yang mengundurkan diri daripada parti itu untuk menyertai SPP agar dapat diketengahkan di kawasan undi itu.

$0.99/bulan
Selama enam bulan*!
Hubungi 6388 3838
*Sah hanya dengan langganan setahun