Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura ada 16 juta pelitup N95

Mar 04, 2014 | 12:52 PM



SINGAPURA mempunyai dalam simpanannya 16 juta pelitup N95 sekiranya jerebu kembali melanda negara ini.


Ini merupakan tambahan kepada 280,000 pelitup dalam simpanan para peruncit utama di sini, kata Setiausaha Parlimen (Kesihatan), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, di Parlimen tadi.


"Kita telah bekerjasama dengan Persatuan Rakyat (PA) tentang rancangan dan pengedaran pelitup-pelitup N95 kepada golongan yang memerlukan menerusi badan-badan akar umbi," kata beliau sambil menambah pelitup-pelitup itu akan diberikan kepada para pekerja perkhidmatan penting bila diperlukan.


Walaupun Pemerintah "lebih daripada bersedia" jika jerebu melanda lagi, namun beliau menekankan bahawa pelitup-pelitup itu tidak diperlukan untuk pendedahan jangka pendek kepada bahan-bahan partikel, seperti melakukan perjalanan dari rumah ke pejabat atau sekolah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >