Subuh
5:37
Syuruk
6:54
Zuhur
12:58
Asar
4:01
Maghrib
7:01
Isyak
8:09
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

S'pura, Afrika Selatan perkukuh kerjasama ekonomi dua hala

Jul 07, 2022 | 05:30 AM

MENTERI Hubungan dan Kerjasama Antarabangsa Afrika Selatan, Dr Naledi Pandor, berada di Singapura bagi lawatan rasmi dua hari yang berakhir semalam.

Dr Pandor telah mengunjungi Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, di Istana semalam dan dijamu sarapan oleh Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, pagi semalam.

Encik Lee dan Dr Pandor mengesahkan semula hubungan mesra antara Singapura dengan Afrika Selatan.

Mereka membincangkan bidang kepentingan bersama di mana kedua-dua negara boleh perkukuhkan lagi kerjasama ekonomi dua hala.

Dr Pandor turut mengongsi pandangannya tentang perkembangan di Afrika Selatan dan rantau ini.

Dr Balakrishnan dan Dr Pandor mengadakan perbincangan yang baik mengenai kerjasama dua hala, termasuk perdagangan dan pelaburan, serta pembangunan kapasiti.

Mereka bersetuju untuk mengukuhkan hubungan dua hala kedua-dua negara, dan bahawa kedua-dua pihak harus terus bekerjasama rapat untuk manfaat bersama.

Dr Pandor berlepas dari Singapura ke Bali, Indonesia petang semalam untuk menghadiri Mesyuarat Menteri Luar G20.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3