Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura akan bangun 'kampung' jagaan demensia di Sembawang

Jul 17, 2019 | 05:30 AM



SINGAPURA bakal mempunyai sebuah kawasan perumahan jagaan demensia yang pertama di Sembawang.



Kementerian Kesihatan (MOH) dan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) semalam menyatakan bahawa sebuah tapak di Gibraltar Crescent akan dilancar untuk dijual menerusi tender awam, sebagai sebahagian daripada usahanya memperbaiki mutu kehidupan mereka yang menghidap demensia.



Ia juga bertujuan meluaskan pilihan jagaan dan penginapan yang tersedia untuk golongan tersebut, menurut laporan The Straits Times.



Penempatan jagaan demensia menggalak penghuninya menjalani kehidupan mereka sendiri sedaya mungkin tidak kira usia atau keadaan mereka, berbanding ditempatkan di rumah rawatan.



Salah sebuah penempatan sedemikian ialah De Hogeweyk di Amsterdam, di mana pesakit digalak membeli keperluan harian mereka di sebuah pasar raya selain makan di restoran.



Berbanding dikurung dalam bilik atau terlantar di katil, para penghuni di sana dibenarkan berjalan di sekitar penempatan tersebut.



Mereka juga tinggal bersama para penghuni lain di sebuah apartmen dan perlu menguruskan rumah mereka dengan bantuan kakitangan.



Gaya kehidupan sebegini yang tidak menggalak sifat bergantungan, dianggap dapat memperlahan kadar demensia dalam kalangan pesakit.



MOH dan URA berkata penempatan Gibraltar Crescent itu akan direka khusus untuk menyediakan sebuah sekitaran yang selamat dan berasa seperti sebuah rumah, di mana penghuninya akan dibantu untuk tinggal secara berdikari.



Penempatan itu dijangka disediakan mengikut khidmat dan program yang disesuaikan untuk menghasilkan penglibatan bermakna serta interaksi sosial dalam kalangan penghuninya.



Ia juga dijangka menyediakan akses lebih baik untuk menyokong khidmat-khidmat serta kemudahan sokongan dalam kalangan masyarakat bagi mereka yang menghidap demensia serta keluarga mereka.



Penempatan itu memenuhi keperluan jagaan berdasarkan di rumah serta khidmat-khidmat jagaan harian demensia yang kini terdapat di Singapura.



"Kami harap ia akan menawarkan penerangan tentang permintaan pasaran ke atas kemudahan sebegitu serta keperluan masyarakat berkaitan mereka yang menghidap demensia, yang akan menyumbang kepada pembangunan model jagaan demensia yang sesuai pada masa akan datang," kata MOH lagi.



Tapak penempatan itu yang turut disertakan juga dengan tempoh pajakan selama 30 tahun, terletak dekat Taman Sembawang dan meliputi kelompok 10 banglo negara yang terletak di atas dua plot tanah.



Plot yang lebih besar adalah seluas 26,350 meter persegi (sqm) sementara sebuah lagi seluas 1,756 sqm.



Maksimum Luas Lantai Kasar (GFA) ialah 9,170 sq m, dengan lagi 900 sqm disediakan bagi perluasan kepada 10 bangunan yang sedia ada.



Sekitar 60 peratus daripada GFA tapak itu perlu digunakan bagi pembangunan perumahan, sementara baki 40 peratus boleh dibangunkan bagi kegunaan perumahan, kesihatan dan jagaan perubatan, kedai dan restoran, serta/atau kegunaan institusi tambahan lain.



URA berkata ia akan menggunakan tender konsep dan pendapatan harga bagi penjualan ini bagi memastikan saranan konsep yang terpilih sejajar dengan visi penempatan jagaan demensia itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >