Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

S’pura akan kongsi kepakaran pentadbiran awam dengan Kazakhstan, Uzbekistan

Presiden Halimah gulung lawatan lima hari ke dua negara Asia Tengah itu
May 25, 2023 | 08:28 PM



SINGAPURA akan berkongsi kepakaran dalam aspek pentadbiran awam bersama Uzbekistan dan Kazakhstan melalui kerjasama antara Sekolah Dasar Awam Lee Kuan Yew dan sekolah peringkat siswazah di sana.

Demikian dinyatakan Presiden Halimah Yacob semasa menggulung lawatan lima hari ke negara-negara Asia Tengah itu.

Puan Halimah berkata: “Mereka (Uzbekistan dan Kazahkstan) ingin dapatkan sokongan untuk perbaiki pentadbiran serta kepimpinan dalam pemerintah mereka.

“Kita telahpun mengadakan kerjasama... dan saya rasa program-program yang telah dilakar dan dijalankan akan mendatangkan manfaat (bagi negara-negara tersebut).”

Beliau berkata lawatannya, yang bermula pada 21 Mei di Kazakhstan, amat bererti kerana ia “berjaya mempererat hubungan antara Singapura dan kedua-dua negara sedemikian”.

Ini setelah banyak persamaan dapat dilihat antara Singapura dan negara-negara tersebut, khususnya dari segi masyarakat yang berbilang bangsa dan agama.

“Jika dilihat, masyarakat mereka lebih pelbagai jika dibandingkan dengan masyarakat Singapura.

“(Kedua-dua negara) juga memikirkan bagaimana untuk memperkukuh (jalinan sesama) bangsa dan agama sama seperti kita (di Singapura),” tambah beliau.

Sebelum ini, Puan Halimah mengadakan perbincangan terbuka mengenai usaha menggalak dialog silang agama dan memupuk sikap saling memahami bersama Presiden Uzbekistan, Encik Shavkat Mirziyoyev, di Istana Kuksaroy di Tashkent, Uzbekistan.

Puan Halimah mengalu-alukan saranan Encik Mirziyoyev untuk berkongsi pengalaman Uzbekistan di Persidangan Antarabangsa Mengenai Masyarakat Bersatu Padu (ICCS) – mesyuarat antarabangsa bagi memperbaiki hubungan di kalangan masyarakat yang dianjurkan Institut Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS), Universiti Teknologi Nanyang (NTU).

“Kedua-dua pemimpin bersetuju terdapat skop bagi Singapura dan Uzbekistan untuk bekerjasama dalam ruang dialog antara agama memandangkan Singapura dan Uzbekistan merupakan masyarakat berbilang etnik dan berbilang agama,” menurut satu kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA).

Dalam pada itu, Puan Halimah menyifatkan lawatannya telah membawa kesan dan memperbaiki hubungan dua-hala antara Singapura, Kazahkstan dan Uzbekistan.

“Saya lihat banyak aspek-aspek yang dapat kita perbaiki dalam hubungan (dua hala), iaitu dari aspek perdagangan, pelaburan dan kegiatan rakyat antara ketiga-tiga buah negara.

“Dari segi apa yang telah kita capai dengan Kazahkstan misalnya, kita telah menandatangani perjanjian berhubung perkhidmatan dan pelaburan.

“Ini satu perjanjian yang amat penting kerana ia membincangkan berkenaan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) antara Singapura dan Kesatuan (Ekonomik) Eurasia misalnya,” ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >