Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura akan semak isu berkaitan wanita dengan saranan dibentangkan dalam Kertas Putih di Parlimen

Sep 20, 2020 | 02:24 PM



ANJAKAN minda berkaitan kesetaraan jantina perlu ada di Singapura, dengan pemerintah memimpin jalan dan memulakan perbincangan mengenai isu seperti rasa hormat terhadap wanita.

Semakan menyeluruh berkenaan isu-isu yang melibatkan kaum Hawa akan dilakukan dengan kerjasama sektor awam dan privet dan kumpulan wanita dan belia.

Maklum balas dan saranan yang terlahir daripada perbualan dan perbincangan ini akan dipertimbangkan pemerintah dan akan dikemukakan sebagai Kertas Putih di Parlimen awal tahun depan, umum Menteri Ehwal dalam Negeri dan Undang-undang K Shanmugam.

Beliau telah memberi ucapan semasa sesi dialog dalam talian hari ini (20 September) yang diberi nama 'Perbincangan tentang Pembangunan Wanita'.

Meskipun Singapura telah melakukan pelbagai usaha untuk meningkatkan martabat wanita dalam masyarakat, ia tetap proses yang perlu diteruskan, kata Encik Shanmugam.

"Setiap kanak-kanak lelaki dan perempuan mesti membesar dengan memegang pada nilai kesetaraan jantina. Mereka perlu diajar pada usia yang muda bahawa lelaki dan perempuan mesti dilayan dengan saksama, dengan rasa hormat.

"Perlu ada anjakan minda yang mendalam," ujar Encik Shanmugam dalam ucapannya itu.



Dialog maya tadi turut disertai  Menteri Negara (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Sun Xueling; Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan), Cik Low Yen Ling; dan Setiausaha Parlimen (Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >