Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SIDANG PUNCAK ASEAN 2021

S'pura akan sumbang $7.9j bekalan perubatan ke dana rizab serantau

Sokong usaha Asean dalam bersiap hadapi kecemasan kesihatan pada masa akan datang
Oct 27, 2021 | 05:30 AM



SINGAPURA akan menyumbang bekalan perubatan bernilai $7.9 juta kepada dana rizab serantau sebagai sebahagian usaha negara ini menyokong usaha Asean dalam bersiap sedia menghadapi kecemasan kesihatan awam pada masa akan datang.



Negara ini juga akan membantu dalam pengagihan lebih cepat dan adil vaksin Covid-19 di rantau ini, dengan Singapura sedang memperkukuh khidmat logistik rantaian sejuk selain meluaskan keupayaan pembuatan vaksin, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dalam Sidang Puncak Asean yang diadakan secara maya selama tiga hari bermula semalam.



Sebelum ini, syarikat farmaseutikal utama BioNTech, Sanofi dan Thermo Fisher Scientific mengumumkan rancangan membina kemudahan pembuatan vaksin di sini.



Berucap di sidang puncak itu, Encik Lee menggariskan tiga bidang di mana Asean boleh terus bekerjasama selepas cabaran besar selama hampir dua tahun menghadapi pandemik Covid-19.



Pertama, Asean mesti bekerjasama untuk meningkatkan akses pada vaksin, yang merupakan perkara penting dalam membendung jangkitan virus itu dan mengelak kesan jangkitan lebih serius dan kematian.



Singapura, kata beliau, telah mendermakan peruntukan vaksinnya di bawah program pengagihan vaksin dunia Covax kepada negara lain.



Negara ini juga mengalu-alukan keputusan Asean untuk menggunakan Dana Respons Asean Covid-19 untuk membeli vaksin, dengan Singapura akan menderma peruntukannya kepada anggota Asean lain.



Bidang kedua, kata Encik Lee, adalah Asean mesti bekerjasama untuk menjadi lebih kukuh dan berdaya tahan semasa tempoh pascapandemik.



"Singapura menyokong penuh usaha kolektif Asean untuk bersedia menghadapi kecemasan kesihatan awam pada masa akan datang.



"Kami akan menyumbang bekalan perubatan bernilai $7.9 juta kepada Rizab Perubatan Serantau Asean," umumnya dalam sidang itu.



Encik Lee turut menggesa rakan sejawatan Asean lain agar dapat mempercepat proses mengesahkan Kerjasama Ekonomi Menyeluruh Serantau (RCEP) - pakatan perdagangan terbesar dunia melibatkan kesemua 10 anggota Asean, bersama Australia, China, Jepun, New Zealand dan Korea Selatan.



Pakatan itu dipersetujui tahun lalu tetapi memerlukan pengesahan sekurang-kurangnya enam anggota Asean dan tiga negara lain.



Singapura negara pertama berbuat demikian pada April 2021.



"Dalam masa sukar sekarang, kita mesti bekerja lebih keras dalam integrasi ekonomi," kata Encik Lee.



"RCEP akan meningkatkan keyakinan dalam perdagangan dan pelaburan serantau, dan menyumbang secara besar ke arah pemulihan ekonomi pascapandemik di rantau ini."



Bidang ketiga, katanya, Asean mesti mengukuhkan kerjasama dalam bidang pertumbuhan baru seperti pendigitalan dan penggunaan ICT (infokom dan teknologi).



Covid-19 telah mempercepat transformasi digital dalam perniagaan dan masyarakat, ujar beliau.



Dalam ucapannya, Encik Lee juga meminta agar dilakukan pembukaan semula ekonomi secara progresif memandangkan wabak Covid-19 kian terkawal.



Dalam hal ini, Singapura mengalu-alukan penggunaan Rangka Kerja Aturan Koridor Perjalanan Asean yang dimulakan tahun lalu, dan pembangunan huraian digital untuk membolehkan perjalanan antara negara Asean dapat disambung semula dengan selamat, kata Encik Lee.



Semasa sidang puncak Asean kali ini, pemimpin negara anggota juga dijadual mengadakan perbincangan dengan rakan negara lain termasuk Korea Selatan, China, Jepun, Amerika Syarikat, Russia, India dan Australia.




MENGENAI SUMBANGAN SINGAPURA

"Singapura menyokong penuh usaha kolektif Asean untuk bersedia menghadapi kecemasan kesihatan awam pada masa akan datang.

Kami akan menyumbang bekalan perubatan bernilai $7.9 juta kepada Rizab Perubatan Serantau Asean."



BERSATU BANGKITKAN EKONOMI SERANTAU

"Dalam masa sukar sekarang, kita mesti bekerja lebih keras dalam integrasi ekonomi.

RCEP (Kerjasama Ekonomi Menyeluruh Serantau) akan meningkatkan keyakinan dalam perdagangan dan pelaburan serantau, dan menyumbang secara besar ke arah pemulihan ekonomi pascapandemik di rantau ini."

- Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >