Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BENCANA ALAM DI MALAYSIA DAN FILIPINA

S'pura akan sumbang bantuan hampir $82,000 susuli banjir M'sia dan taufan Filipina

Dec 23, 2021 | 05:30 AM



PEMERINTAH Singapura akan menyumbang AS$60,000 ($81,800) sebagai wang permulaan untuk pengumpulan dana Palang Merah Singapura (SRC) dalam menyokong bantuan kemanusiaan dan usaha pemulihan di Malaysia dan Filipina.



Jumlah itu akan menambah kepada sumbangan sebanyak AS$50,000 oleh SRC masing-masing kepada Bulan Sabit Merah Malaysia dan Palang Merah Filipina, menurut satu kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) semalam.



"Banjir di Malaysia dan Taufan Rai di Filipina telah mengakibatkan kehilangan banyak nyawa dan kemusnahan hartanah yang meluas, menyebabkan kesukaran kepada banyak masyarakat.



"Sebagai rakan rapat dan negara anggota Asean, Singapura berdiri bersama Malaysia dan Filipina dalam masa sukar ini," kata MFA.



Kelmarin, MFA berkata Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, juga telah menulis kepada rakan sejawatannya di Malaysia, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, serta Setiausaha Ehwal Luar Filipina, Encik Teodoro L Locsin Jr, untuk mengucapkan takziah atas kehilangan nyawa dan kemusnahan ekoran bencana di dua negara itu.



Dalam suratnya kepada Datuk Seri Saifuddin, Dr Balakrishnan berkata beliau turut bersedih dengan kejadian tersebut.



"Kerajaan Malaysia sedang pantas menjalankan usaha menyelamat, dan saya yakin rakyat Malaysia akan mengharungi krisis ini dengan kekuatan dan ketabahan," tulisnya.



Lebih 66,000 orang telah kehilangan tempat tinggal dan sekurang-kurangnya 17 orang meninggal dunia dan ramai yang masih hilang dalam banjir di beberapa negeri di Malaysia.



Di Filipina pula, sekurang-kurangnya 375 orang terbunuh di pulau-pulau yang dilanda Taufan Rai.



Dalam suratnya kepada Encik Locsin pula, Dr Balakrishnan berkata Singapura juga bersedia untuk menghulurkan bantuan kepada Filipina dalam masa sukar ini.



MFA menasihatkan warga Singapura di kawasan terjejas untuk memantau berita setempat, dan mematuhi arahan oleh penguasa tempatan.



Warga Singapura juga dinasihatkan agar kekal berhubungan dengan keluarga dan rakan untuk memberi perkembangan tentang keadaan dan keselamatan mereka, dan mendaftar dalam talian di laman web MFA iaitu eregister.mfa.gov.sg.



Warga Singapura yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Pejabat Tugas Kementerian Ehwal Luar atau Misi Luar Negara di Kuala Lumpur dan Manila.



Mereka boleh menghubungi Pejabat Tugas Kementerian Ehwal Luar di talian +65 6379 8800/8855 atau kiriman e-mel ke mfa_duty_officer@mfa.gov.sg.



Maklumat Suruhanjaya Singapura di Kuala Lumpur: +60-3-2161-6277 (nombor telefon), +60-16-661-0400 (nombor telefon kecemasan, di luar waktu pejabat), atau e-mel ke singhc_kul@mfa.sg.



Maklumat Kedutaan Singapura di Manila: +63-2-8856-9922 (nombor telefon), +63-917-860-4740 (nombor telefon kecemasan, di luar waktu pejabat); atau e-mel ke singemb_mnl@mfa.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >