Subuh
5:30
Syuruk
6:52
Zuhur
12:55
Asar
4:18
Maghrib
6:55
Isyak
8:09

S'pura akan sumbang hampir $138,000 bantu mangsa gempa Jawa Barat

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

S'pura akan sumbang hampir $138,000 bantu mangsa gempa Jawa Barat

Nov 25, 2022 | 05:30 AM

PEMERINTAH Singapura akan menyumbang AS$100,000 ($137,548) kepada Palang Merah Singapura (SRC) bagi menyokong usaha bantuan bencana dan kemanusiaan di Jawa Barat, Indonesia, berikutan gempa bumi Isnin lalu.

Sumbangan itu akan menokok ikrar SRC sebanyak AS$50,000 bagi menyokong keperluan serta-merta mereka yang terjejas oleh gempa bumi itu termasuk makanan, bantuan perubatan, dan tempat perlindungan kecemasan, kata Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam satu kenyataan semalam.

Gempa sekuat 5.6 pada skala Richter itu melanda kota Cianjur, sebuah kawasan pergunungan sekitar 75 kilometer di selatan ibu kota Indonesia, Jakarta.

Hingga petang kelmarin, sekurang-kurangnya 271 orang dilaporkan terkorban.

Lebih 58,000 orang kehilangan tempat tinggal akibat gempa itu, sekitar 1,000 orang cedera dan 151 lagi dilaporkan masih hilang.

Agensi berita Reuters semalam melaporkan pihak berkuasa Indonesia menghadapi kesukaran menyampaikan bantuan kepada ribuan orang yang terjejas oleh gempa bumi itu sedang tanah runtuh ekoran hujan dan sekitaran pergunungan yang mencabar menghalang usaha pasukan penyelamat.

Penyelamat menggunakan penggali tanah dan jentera berat lain untuk membersihkan lumpur dan serpihan bagi mencari mangsa yang hilang.

Beberapa kawasan yang terpisah akibat tanah runtuh hanya boleh diakses dengan helikopter.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3