Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura akan teliti sistem pemeriksaan tunggal M'sia bila terima saranan itu: ICA

Feb 05, 2023 | 06:14 PM



Pihak berkuasa Singapura telah mengkaji cara untuk meningkatkan pengalaman orang ramai di pusat pemeriksaan darat dan kebolehlaksanaan saranan Malaysia untuk sistem pemeriksaan tunggal akan diteliti apabila Singapura menerima cadangan itu.





Menjawab pertanyaan akhbar The Straits Times pada Ahad (5 Feb), Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA), berkata beberapa inisiatif telah diperkenalkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini untuk meredakan keadaan lalu lintas di sepanjang tambak yang menghubungkan Singapura dan Malaysia.





Lintasan sepanjang 400 meter itu adalah antara yang paling sibuk di dunia, dengan kesesakan lalu lintas boleh berlarutan selama berjam walaupun ia hanya mengambil masa beberapa minit untuk menyeberang tambak dengan kereta.





Jurucakap ICA berkata pihak berkuasa masih belum menerima sebarang cadangan untuk “sistem pemeriksaan tunggal” di tambak.





“Jika dan apabila kami menerimanya, kami akan mengkaji kebolehlaksanaannya dengan rakan sejawatan kami di Malaysia,” tambah jurucakap itu.





Pada Jumaat lalu, akhbar The Star melaporkan bahawa Malaysia telah mencadangkan idea untuk membenarkan penumpang untuk menjalani pemeriksaan kastam sekali sahaja untuk mengurangkan kesesakan.





Menurut jurucakap ICA lagi, enam kaunter pemeriksaan kereta dibina pada 2020 di setiap zon ketibaan dan pelepasan lori di Pusat Pemeriksaan Woodlands untuk meningkatkan keupayaan untuk memeriksa kereta.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >