Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura akan terus kukuh sektor teknologi makanan pertanian

Dec 22, 2020 | 05:30 AM



SINGAPURA akan terus memperkukuh sektor teknologi makanan pertanian dengan menggunakan teknologi untuk membangunkan huraian demi mempertingkatkan daya ketahanan makanan, kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Chan Chun Sing.



Selain itu, negara ini akan memanfaatkan ekosistem unik dari ladang ke meja makan dan rekod prestasinya bagi keupayaan teknikal, penjenamaan mutu dan perlindungan hak cipta intelektual (IP) untuk merebut peluang ekonomi dalam sektor teknologi makanan pertanian.



Encik Chan berkata sektor teknologi makanan pertanian adalah penting bagi ekonomi Singapura dek pasaran yang semakin tumbuh di Asia Pasifik dan seluruh dunia.



"Pada dasarnya, sedang dunia berkembang, terutamanya di Asia, terdapat permintaan semakin meningkat bukan hanya bagi makanan dari segi jumlahnya, namun juga makanan yang bermutu, dan keluarga berpendapatan pertengahan yang bertambah di Asia akan semakin mampu dan berharap untuk mendapatkan produk makanan bermutu tinggi.



"Oleh itu, mencari huraian makanan yang inovatif, menjimatkan kos dan mampan demi memenuhi permintaan semakin meningkat di Asia Pasifik dan di seluruh dunia pada skala lebih luas adalah amat penting bukan hanya untuk Singapura, malah dunia," kata beliau dalam satu taklimat media dalam talian semalam di akhir lawatan ke Agensi bagi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*Star).



Semalam, Encik Chan mengumumkan bahawa syarikat protein alternatif Perfect Day akan membangunkan pusat penyelidikan dan pengembangan (R&D) dengan kerjasama A*Star di sini.



Makmal Bersama A*Star-Perfect Day itu, yang akan memulakan operasi April tahun depan, akan menyokong kegiatan R&D sejagat Perfect Day dan memberi tumpuan dalam membangunkan sistem analitik untuk mencirikan dan menyatakan kuantiti komponen utama dalam produk makanan tenusu yang memberikan rasa tersendiri mereka.



Mereka juga akan merekrut dan melatih penyelidik, saintis dan jurutera di dalam negara yang pakar dalam inovasi protein mikroflora (bakteria yang wujud pada atau dalam tubuh), seperti penilaian dan analisis protein.



Encik Chan menambah bahawa terdapat beberapa syarikat global lain yang akan membangunkan keupayaan makanan pertanian baru di Singapura.



Misalnya, syarikat perladangan menegak dalam bangunan Jerman, &ever, akan menubuhkan ladang pertama mereka di Asia di Singapura, yang akan menghasilkan 500 tan sayur-sayuran setahun.



Taman Inovasi Makanan Pertanian yang akan dibuka dalam suku kedua tahun depan pula akan menjadi pemangkin inovasi dalam ekosistem teknologi makanan pertanian, mengumpulkan pertanian teknologi tinggi dan kegiatan R&D berkaitan, dan berkhidmat sebagai pangkalan untuk menarik syarikat, bakat R&D dan pelaburan ke Singapura.



Pemerintah juga akan terus membantu syarikat makanan pertanian membina keupayaan baru, berinovasi untuk mempercepatkan pertumbuhan dan mewujudkan pekerjaan lebih baik buat rakyat Singapura, kata Encik Chan.



"Secara keseluruhannya, kami sedang membangunkan seluruh ekosistem untuk membolehkan Singapura menjadi percikan terang di rantau ini bagi industri makanan baru yang lebih mampan, lebih dimampui, dan dapat diakses pasaran di Asia dan di luar.



"Ini juga sesuai dengan rancangan kami, terutamanya dalam sekitaran pandemik dan pascapandemik, untuk menjamin bekalan makanan kita, yang merupakan gabungan tiga strategi - mempelbagaikan sumber, stok simpanan tempatan, dan pengeluaran tempatan," kata beliau.




''Pada dasarnya, sedang dunia berkembang, terutamanya di Asia, terdapat permintaan semakin meningkat bukan hanya bagi makanan dari segi jumlahnya, namun juga makanan yang bermutu, dan keluarga berpendapatan pertengahan yang bertambah di Asia akan semakin mampu dan berharap untuk mendapatkan produk makanan bermutu tinggi. Oleh itu, mencari huraian makanan yang inovatif, menjimatkan kos dan mampan demi memenuhi permintaan semakin meningkat di Asia Pasifik dan di seluruh dunia pada skala lebih luas adalah amat penting bukan hanya untuk Singapura, malah dunia.''
- Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Chan Chun Sing di akhir lawatan ke A*Star.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >