Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura akan terus labur dalam kesihatan, sains bioperubatan: DPM Heng

Dec 12, 2020 | 05:30 AM



SINGAPURA akan terus melabur dalam kesihatan dan sains bioperubatan sedang negara ini mencapai kemajuan baik dalam bidang itu, kata Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat.



Berkata demikian semasa membentangkan pelan penyelidikan, inovasi dan perusahaan Singapura bagi tempoh lima tahun akan datang, beliau berkata pandemik Covid-19 sekarang menunjukkan pentingnya membangunkan pemahaman yang lebih mendalam tentang ancaman kepada kesihatan manusia.



Oleh itu, sebuah program penyelidikan nasional baru bagi persediaan dan respons epidemik yang dinamakan Prepare turut diumumkan semalam sebagai sebahagian daya usaha di bawah pelan Penyelidikan, Inovasi dan Perusahaan 2025 (RIE2025) Singapura.



Namun, Encik Heng turut menarik perhatian tumpuan penyelidikan baru, iaitu dalam bidang potensi manusia, sedang Singapura menghadapi cabaran penduduk yang menua dengan pesat serta kadar kelahiran yang rendah.



"Kita harus terus memastikan rakyat dapat menikmati kesihatan yang baik dan mencapai potensi mereka sepenuhnya," ujarnya.



Kesihatan dan potensi manusia ini merupakan antara empat bidang penyelidikan utama di bawah RIE2025 yang dilancarkan semalam.



Encik Heng turut menggariskan tiga bidang penyelidikan lain di bawah pelan tersebut yang akan diperbaharui untuk memacu pertumbuhan ekonomi dengan lebih baik selepas Covid-19 dan menangani keperluan nasional yang lebih meluas.



Bidang penyelidikan itu termasuk huraian dan kemampanan bandar; perkilangan, perdagangan dan kesalinghubungan; serta Negara Bijak dan ekonomi digital.



Sebagai contoh, penyelidikan dalam bidang perkilangan kini akan turut merangkumi kajian tentang hubungan udara dan laut yang menghubungkan Singapura dengan seluruh dunia.



Sementara itu, penyelidikan dalam bidang huraian dan kemampanan bandar juga akan merangkumi kajian berhubung cabaran baru yang wujud akibat perubahan iklim.



Selain empat bidang itu, sebanyak $3.75 bilion akan diperuntuk bagi penyelidikan dalam bidang baru yang mungkin wujud dalam beberapa tahun akan datang.



Menerusi laman Facebook beliau semalam, Perdana Menteri Lee Hsien Loong menyifatkan pemikiran saintifik itu sebagai penting bagi Singapura.



Mempengerusikan mesyuarat Majlis Penyelidikan, Inovasi dan Perusahaan kelmarin, Encik Lee berkata:



"Usaha kita untuk terus melabur dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) akan memastikan kita kekal berdaya saing dan menyokong status kita sebagai sebuah hab teknologi dan inovasi.



"Dengan ketidakpastian pada masa akan datang, RIE2025 adalah penting... dalam usaha memperbaharui strategi ekonomi kita serta menjamin masa depan kita dalam dunia selepas Covid- 19."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >