Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura akan terus manfaat perubahan digital, pastikan isu sekitaran terjaga

Sep 09, 2021 | 05:30 AM



SINGAPURA akan terus memanfaatkan perubahan digital yang dipercepatkan disebabkan pandemik sementara memastikan isu sekitaran, sosial dan tadbir urus dalam perniagaan terus terjaga, kata Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong.



Encik Wong menarik perhatian bahawa hambatan tradisional dalam melaksanakan pendigitalan semakin terhakis, khususnya dalam industri yang berdepan lebih banyak cabaran berbuat demikian sebelum ini.



Ini lantas akan mempercepatkan transformasi digital dalam sektor seperti tenaga, binaan dan khidmat domestik lain, yang masih terdapat banyak peluang untuk huraian digital bagi menjana nilai baru dan kelebihan produktiviti.



Encik Wong berkata demikian dalam ucapan disampaikannya semasa Sidang Institut Pengarah Singapura (SIDC), yang bertema 'Renaisans Asia: Era baru Penemuan Semula dan Pembukaan Semula', semalam.



Menurut beliau, Covid-19 kemungkinan besar akan menjadi satu penyakit endemik yang orang ramai harus belajar untuk hidup bersamanya, seperti cacar air dan demam selsema.



"Jadi kita tidak lagi boleh bercakap tentang pasca Covid-19 kerana ia akan terus bersama kita.



"Tetapi pada satu peringkat, pandemik ini akan berakhir dan kita harus bersiap sedia dari sekarang untuk menghadapi dunia baru pasca pandemik."



Jelas Encik Wong, Covid-19 telah mempercepatkan trend lain, termasuk peri pentingnya isu berkaitan dengan sekitaran, sosial dan tadbir urus dalam perniagaan.



Pemerintah di banyak negara kini kenal pasti bahawa pensejagatan dan persaingan pasaran bebas telah mewujudkan kecekapan mahupun kelemahan, kata beliau lagi.



"Kami tahu jika kami serahkan sahaja semuanya kepada kuasa pasaran, hasil pertumbuhan tidak akan diagihkan dengan sama rata.



"Kami juga tahu bahawa korporat akan lebih cenderung untuk meraih manfaat dari sudut perspektif mereka dan bukan untuk kebaikan bersama.



"Jadi ada peranan lebih besar untuk pemerintah campur tangan dan bekerjasama dengan sektor privet bagi menangani keprihatinan bersama, baik dalam hal rantai bekalan lebih berdaya tahan atau untuk menangani ancaman perubahan iklim."



Encik Wong menarik perhatian bahawa semua ini adalah pemangkin positif bagi isu berkaitan sekitaran, sosial dan tadbir urus, yang satu ketika dahulu dilihat sebagai bidang tukikan, tetapi kini semakin lebih dikenali dengan meluas.



Pelabur di merata dunia, sudah mula menggunakan faktor-faktor ini dalam mengukur kemampanan pelaburan mereka.



Encik Wong berkata Singapura telah dan akan terus memanfaatkan trend-trend ini dengan melabur dalam prasarana digital, termasuk meluaskan liputan 5G hingga ke serata negara, menjelang 2025 dan membantu perniagaan memanfaatkan teknologi baru.



Ia akan juga menjadikan rantai bekalan lebih berdaya tahan dan sudah melancarkan Pelan Hijau Singapura yang menetapkan sasaran bercita-cita tinggi bagi dekad mendatang.



Tambahnya, Singapura juga memanfaatkan peluang pertumbuhan baru dalam kemampanan, termasuk dalam bidang seperti teknologi pertanian dan kewangan mesra alam.



Sementara itu, Encik Wong menggesa perniagaan supaya membuat penyesuaian dalam dunia pasca pandemik dengan terus berinovasi, berkembang ke luar sempadan Singapura atau beralih ke sektor baru yang berkaitan untuk menjadi lebih kukuh.




"Kami tahu jika kami serahkan sahaja semuanya kepada kuasa pasaran, hasil pertumbuhan tidak akan diagihkan dengan sama rata.

Kami juga tahu bahawa korporat akan lebih cenderung untuk meraih manfaat dari sudut perspektif mereka dan bukan untuk kebaikan bersama.

Jadi ada peranan lebih besar untuk pemerintah campur tangan dan bekerjasama dengan sektor privet bagi menangani keprihatinan bersama, baik dalam hal rantai bekalan lebih berdaya tahan atau untuk menangani ancaman perubahan iklim."

- Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >