Subuh
5:37
Syuruk
6:54
Zuhur
12:58
Asar
4:01
Maghrib
7:01
Isyak
8:09
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

S'pura akan terus usaha dorong tingkat pelan hijau

Grace Fu akur tidak mudah pengaruhi negara lain ikrar komitmen untuk capai matlamat COP27
Sep 23, 2022 | 05:30 AM

TIDAK mudah bagi Singapura memainkan peranan dalam mempengaruhi negara-negara sedunia supaya mengikrarkan komitmen bagi matlamat penghijauan pada Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP27) tahun ini.

Ini kerana konflik yang semakin meningkat antara Amerika Syarikat dengan China, di samping krisis tenaga di Eropah disebabkan oleh perang Russia-Ukraine, kata Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu.

"Saya akan cuba sedaya upaya mengekalkan topik itu dalam agenda dan terus mengingatkan negara-negara bahawa kita harus meningkatkan usaha," kata Cik Fu di Dialog Belia Kebangsaan mengenai pergerakan ke arah masa depan sifar bersih di Bugis+ semalam.

"Tetapi saya mengesyaki bahawa COP27 bukan sesuatu yang senang," ujar beliau.

Meskipun demikian, beliau berkata bahawa Singapura kekal komited sepenuhnya terhadap matlamat yang ditetapkan dalam Pelan Hijau Singapura, serta peta jalan negara ke arah pengeluaran karbon sifar bersih menjelang 2050.

Beliau berkata: "Kita adalah sebuah negara yang biasanya mencapai apa yang kita janjikan dan jika kita tidak mampu untuk berjanji, kita tidak akan melakukannya.

"Namun, setelah kita membuat janji itu, kita akan bekerja keras melaksanakannya."

Cik Fu berkata demikian dalam jawapan beliau kepada soalan yang diajukan oleh para peserta tentang kemungkinan mengembangkan pengaruh iklim global Singapura.

Sekitar 160 peserta hadir di persidangan itu dengan kebanyakan daripada mereka terdiri daripada mereka yang yang prihatin tentang alam sekitar.

Dialog dua jam anjuran Majlis Belia Kebangsaan (NYC) itu membincangkan soalan-soalan mengenai isu alam sekitar seperti sama ada usaha penyahkarbonan Singapura telah maju dengan cukup pantas dan sejauh mana pertimbangan antara ekonomi dengan keutamaan iklim akan dilakukan.

Selain Cik Fu, panel itu terdiri daripada Ketua Pegawai Kemampanan DBS, Encik Helge Muenkel; zamil penyelidikan di pusat Universiti Nasional Singapura bagi huraian iklim berasaskan alam sekitar, Cik Melissa Low; dan konsultan kemampanan dan komunikator sains Singapura, Cik Woo Qiyun, yang terkenal dan pencinta alam sekitar.

Anggota panel juga ditanya bagaimana Singapura boleh mengelak daripada membuat kesan negatif kepada alam sekitar di negara-negara lain sedang ia berusaha dalam peralihan negara kepada bentuk tenaga lebih bersih.

Memberi contoh Singapura yang mengimport kuasa hidro dari empangan di Laos sekarang, Cik Low mengakui bahawa empangan sedemikian boleh memberi kesan negatif kepada alam sekitar, seperti kemusnahan hutan berhampiran empangan itu.

Sebagai tindak balas, Cik Fu berkata semua kegiatan manusia datang dengan kos alam sekitar dan keseimbangan kadangkala sukar untuk diuruskan.

Beliau memberi contoh kenderaan elektrik, yang dikatakan mesra alam.

Namun demikian, bahan-bahan yang digunakan dalam bateri itu, seperti kobalt dan litium, boleh didapatkan hanya melalui perlombongan, dan ia merupakan satu kegiatan yang mengeluarkan karbon yang tinggi, dan penuh dengan isu-isu hak asasi manusia.

"Manusia akan sentiasa mempunyai kesan ke atas alam sekitar, jadi soalannya ialah bagaimana kita boleh merendahkan dan meminimumkan kesan itu?" kata Cik Fu.

Beliau turut memberi contoh beberapa saranan seperti mengubah tabiat peribadi seseorang untuk mengurangkan pembelian yang tidak perlu dan menggunakan produk yang mesra alam.

Pada awalnya, Cik Fu juga telah memberikan maklumat terkini pada Kongres Dunia Persatuan Sisa Pepejal Antarabangsa mengenai skim Tanggungjawab Lanjutan Pengeluar (EPR) yang dikeluarkan Julai tahun lalu untuk menampung e-sisa.

Beliau berkata skim itu telah mengumpulkan kira-kira 6,000 tan E-sisa dalam tahun pertama, iaitu lima kali jumlah tahunan yang dikumpul menerusi skim sukarela sebelum pelaksanaan skim itu.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3