Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura aktif sumbang susunan genom Covid-19 melalui wadah sejagat Gisaid

Jan 10, 2023 | 05:30 AM



SINGAPURA secara aktif menyumbang kepada wadah susunan genom Covid-19 sejagat bagi mengesan varian baru, kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung.



Dipanggil Gisaid, platform itu bekerjasama dengan banyak negara lain untuk menggalakkan perkongsian data yang pantas mengenai semua virus influenza dan koronavirus yang menyebabkan Covid-19.



Encik Ong berkata Gisaid telah menubuhkan pangkalan di sini dengan kerjasama Agensi bagi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*star), dengan Kementerian Kesihatan (MOH) dan wadah itu mempunyai hubungan kerja yang kukuh.



Data daripada platform itu - yang mengongsi susunan genom empat patogen virus, iaitu Covid-19, Influenza, Mpox dan Virus Sinsitium Pernafasan (RSV) - boleh diakses secara awam dan melindungi hak pemilikan negara sumber.



"Untuk mengesan varian baru, kita memerlukan sebuah sistem pengawasan sejagat yang berkesan, di mana sampel yang diperolehi daripada individu dijangkiti dari seluruh dunia dikumpulkan secara sistematik, genom virusnya disusun dan kemudian dikongsi pada platform global.



"Ini terbaik dilakukan oleh negara-negara bagi kes setempat mereka sendiri, berbanding hanya bergantung pada pengawasan pengunjung kerana ia hanya boleh memberikan gambaran tertunda," kata Encik Ong dalam menangani keprihatinan tentang kemunculan varian Covid-19 yang baru dan lebih bahaya dalam kenyataan menterinya di Parlimen semalam.



Apabila gelombang jangkitan Covid-19 besar berlaku di China baru-baru ini, Gisaid bekerjasama dengan pelbagai Pusat Kawalan Penyakit di bandar utama dan wilayah negara itu untuk mendapatkan data susunan virus.



Bagaimanapun, Encik Ong berkata masih terdapat jurang dalam data yang sedia ada.



"Hari ini, Beijing, Shanghai, Guangzhou, Sichuan, Zhejiang, Jiangsu, Fujian, and kawasan dalaman Mongolia menyumbang susunan genom virus terkini kepada Gisaid setiap minggu. Data tersebut dianalisis dan diproses di pejabat mereka di Singapura.



"Masih terdapat jurang dalam data, oleh itu Gisaid sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa China untuk memperluaskan pemerolehan data," kata beliau.



Sejauh ini, Encik Ong berkata data menunjukkan epidemik di China itu berlaku dek varian yang sudah diketahui dan tersebar di rantau lain di dunia.



Beliau menambah bahawa usaha penyusunan genom tempatan terhadap pengunjung yang dijangkiti dari China turut menyokong data itu.



Sebahagian besarnya adalah varian BA.5.2 dan BF.7, yang sudah dikesan di Singapura dan negara lain selama beberapa bulan.



Penilaian itu juga konsisten dengan dapatan Kumpulan Penasihat Teknikal Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai Evolusi Virus yang dikeluarkan pada 4 Januari lalu, kata Encik Ong.



"Ini adalah satu kelegaan yang besar. Perkara yang paling kami takut dan bimbang - varian berbahaya baru yang mengelak daripada perlindungan vaksin - yang keluar dari China sedang virus itu merebak dalam populasi mereka masih belum menjadi kenyataan.



"Namun, kami akan terus berwaspada dan menyertakan diri kami secara mendalam ke dalam sistem pengawasan sejagat," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >