S'pura alami sedikit jerebu akibat asap ditiup dari arah timur laut: NEA, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:43
Syuruk
7:01
Zuhur
1:06
Asar
4:19
Maghrib
7:11
Isyak
8:19

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Bahasa Melayu

Betul!

Salah!

Setempat0

S'pura alami sedikit jerebu akibat asap ditiup dari arah timur laut: NEA

Mar 03, 2021 | 05:30 AM

SINGAPURA mengalami keadaan agak berjerebu semalam akibat asap tebal yang dibawa tiupan angin dari arah timur laut ke Singapura, menurut Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).

Tompok panas dengan kepulan asap turut dikesan di Johor pada lewat petang semalam, tambah NEA.

Kepulan asap itu ditiup angin timur laut utara yang menghala ke Singapura, sebelum menghilang pada sebelah petang.

Namun, dengan angin dijangka terus bertiup ke arah utara dan ke timur laut dalam beberapa hari ini, penduduk mungkin akan mengesan keadaan yang serupa di beberapa bahagian Singapura semalam, kata NEA dalam catatannya di Facebook.

Bacaan mutu udara memasuki lingkungan tinggi (Band II) antara 6 pagi dengan 7 pagi di timur Singapura pagi semalam sebelum kembali ke paras biasa (Band I) selepas 8 pagi, jelas NEA.

Berita Popular

Pada 11 pagi semalam, bacaan mutu udara antara 61 dengan 74, iaitu dalam lingkungan sederhana.

Apabila bacaan mencapai tahap tinggi, orang ramai disaran supaya mengurangkan kegiatan luar, sementara individu yang lebih mudah terdedah kepada jangkitan seperti warga tua, wanita hamil dan anak-anak dinasihatkan agar menghindari aktiviti berat sehingga keadaan kembali normal.

Menurut NEA, mereka akan terus memantau keadaan dan akan memberikan berita terkini apabila diperlukan.

Orang tamai yang ragu-ragu sama ada selamat untuk mereka mengadakan aktiviti di luar rumah, boleh merujuk kepada bacaan mutu udara di laman www.haze.gov.sg, www.nea.gov.sg atau menerusi aplikasi myENV.

Bacaan tersebut akan dikemas kini setiap jam.

Pada 27 Februari lalu, mutu udara Singapura di bahagian utara mencapai tahap tidak sihat selama tiga jam kerana tahap pencemaran lebih tinggi yang dikenali sebagai ozon, dan bukan kerana jerebu merentasi sempadan.

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (PSI) di utara mencecah 102 pada 7 malam hari itu. Ia mencecah bacaan tertinggi 108 pada 8 malam, sebelum ia turun ke 90 pada 10 malam, ke tahap sederhana.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Bahasa Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map