Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura ambil pelbagai langkah atasi kesan gangguan bekalan makanan

Antaranya termasuk kerjasama pihak berkuasa dengan industri bina daya tahan dalam rangkaian bekalan
Jul 05, 2022 | 05:30 AM



SINGAPURA mengambil pendekatan berbilang serampang untuk mengurangkan kesan gangguan bekalan makanan termasuk jika negara lain mengenakan sekatan eksport makanan.



Antaranya, pihak berkuasa bekerjasama dengan industri untuk membina daya tahan dalam rangkaian bekalan mereka, kata Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu di Parlimen semalam.



Beliau telah menjawab soalan yang diajukan beberapa Anggota Parlimen (AP) berkenaan bekalan makanan Singapura serta langkah-langkah yang akan dilakukan untuk mengekang gangguan terhadapnya pada masa depan.



"Singapura mengimport lebih 90 peratus daripada makanan kami dan kita tidak dapat menghalang sepenuhnya gangguan (pada bekalan makanan).



"Namun, kami telah mengambil pendekatan berbilang serampang untuk mengurangkan kesannya," kata beliau.



Menjelaskan lebih lanjut, Cik Fu berkata, Agensi Makanan Singapura (SFA) menyokong usaha industri untuk mempelbagaikan sumber bekalan mereka dengan secara aktif mengakreditasi pelbagai sumber makanan luar negara.



SFA juga mengakreditasi negara, rantau dan sumber-sumber baru agar pengimport mempunyai pilihan yang lebih luas.



Selain itu, melalui pelesenan import, SFA memerlukan pengimport mempunyai rancangan kesinambungan perniagaan dan langkah seperti sumber import yang pelbagai, menandatangani kontrak penahan, atau retainer contract, atau mempunyai stok penimbal.



"Langkah-langkah ini membantu mengurangkan kesan gangguan daripada mana-mana sumber tunggal.



"Pada masa ini kami mengimport makanan kami dari lebih 170 negara dan wilayah dan akan meneruskan usaha kepelbagaian kami," ujar Cik Fu.



Menjawab soalan AP bagi GRC Aljunied, Encik Gerald Giam, tentang sama ada terdapat sebarang halangan dalam menambah bilangan negara dari mana Singapura boleh mengimport ayam itik, Cik Fu berkata:



"Meskipun kita mempelbagaikan sumber makanan kita, keselamatan makanan tetap diutamakan.



"Hanya sumber bertauliah yang memenuhi piawaian keselamatan makanan dan kesihatan haiwan Singapura akan dibenarkan untuk mengeksport ke Singapura.



"Bagi ayam, sebanyak 25 negara diakreditasi."



Dalam pada itu, Cik Joan Pereira (GRC Tanjong Pagar) dan Encik Louis Chua (GRC Sengkang) telah bertanya sama ada matlamat '30 Menjelang '30' (untuk memenuhi 30 peratus keperluan makanan setempat menjelang 2030) akan dipercepat atau disemak, memandangkan kebimbangan keselamatan makanan yang semakin meningkat.



"Matlamat '30 Menjelang '30' sudah sangat tinggi cita-citanya. Singapura merupakan negara yang kekurangan tanah, kita hanya ada satu peratus tanah yang diketepikan bagi penghasilan makanan.



"Untuk mencapai '30 Menjelang '30', kita perlukan transformasi signifikan dalam sektor agri-makanan Singapura... ia akan mengambil masa bagi rancangan (transformasi) dilaksanakan," kata beliau.



Namun, Cik Fu turut mengingatkan bahawa pemerintah tidak akan dapat menghapuskan semua risiko kepada bekalan makanan negara kerana ini akan "memakan kos yang tinggi dan tidak ekonomik".



"Kita juga tidak akan dapat mengasingkan Singapura daripada turun naik harga bekalan makanan," katanya.



Pun begitu, beliau menekankan bahawa pemerintah akan terus memastikan sokongan dan bantuan disediakan terutama bagi isi rumah berpendapatan rendah bagi mengharungi cabaran kenaikan harga makanan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >