Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura, Amerika jalin kerjasama adakan bengkel latihan keselamatan siber

Nov 17, 2018 | 05:30 AM



SINGAPURA dan Amerika Syarikat akan bekerjasama untuk mengadakan bengkel latihan keselamatan siber di Singapura dan rantau ini, kata Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong dan Naib Presiden Amerika Encik Michael Pence, selepas mengadakan pertemuan dua hala semalam.



Bercakap tentang inisiatif itu di sidang media bersama di Istana, Encik Lee berkata:



"Saya senang hati kerana Agensi Keselamatan Siber (CSA) kita dan Jabatan Negeri Amerika akan bekerjasama dalam program bantuan teknikal untuk mengadakan bengkel latihan keselamatan siber di Singapura dan rantau ini."



Encik Pence pula berkata usaha memperluas perdagangan dalam kurun ke-21 memerlukan laluan digital yang selamat dan andal.



"Inisiatif ini akan menggunakan kepakaran perniagaan Amerika untuk membantu rakan kongsi Asean mempertahankan sempadan digital mereka."



Encik Pence berada di Singapura sejak Selasa bagi kunjungan rasmi pertama ke sini dan mewakili Presiden Donald Trump ke Sidang Puncak Asia Timur.



Semalam, Encik Pence disambut di Istana dengan penuh istiadat, sebelum beliau mengadakan pertemuan privet dengan Encik Lee.



Encik Lee juga mengadakan jamuan sarapan bagi Encik Pence dan rombongannya.



Kededua pemimpin turut menekankan kerjasama kukuh dan yang lama bertahan antara kedua negara dan peri penting kehadiran Amerika di rantau ini.



"Amerika mendukung peranan penting dan konstruktif dalam rantau kita, justeru Singapura berharap dapat terus membangun hubungan dengan Amerika selain memperkukuh hubungan Asean-Amerika," kata Encik Lee selepas pertemuan itu.



Dari sudut ekonomi, Encik Lee berkata pelaburan Singapura di Amerika dan eksport Amerika ke Singapura menyokong lebih suku juta pekerjaan warga Amerika.



Amerika juga adalah pelabur asing terbesar Singapura, dengan sejumlah besar syarikat Amerika memilih Singapura sebagai pangkalan ibu pejabat Asia.



"Malah, Shake Shack (restoran makanan ringan) akan membuka cawangan burger pertama di Singapura tidak lama lagi," kata Encik Lee yang disambut dengan ketawa oleh sebahagian hadirin.



Encik Lee dan Encik Pence juga memberi perhatian kepada kekuatan hubungan ekonomi, pertahanan dan keselamatan antara Singapura dengan Amerika.



Encik Pence berkata:



"Kerjasama keselamatan kami mengekalkan laluan perdagangan terbuka."



Merujuk kepada pengaruh China yang bertambah di rantau ini dan usaha Asean untuk menghuraikan pertikaian di Laut China Selatan, Encik Pence berkata:



"Amerika menggalak Asean mara dan mencapai kod tatalaku di Laut China Selatan yang bermakna dan mengikat (semua pihak berkepentingan). Negara-negara di rantau ini perlu berupaya meneroka dan membangun sumber sendiri, mengemudi laluan di perairan sendiri dan membangun kerjasama berdasarkan pilihan sendiri. Laut China Selatan tidak dimiliki sebarang negara tunggal."



Encik Lee berkata, kunjungan Encik Pence adalah yang terkini dalam kunjungan tokoh profil tinggi ke Singapura dari Pentadbiran Trump tahun ini.




"Amerika mendukung peranan penting dan konstruktif dalam rantau kita, justeru Singapura berharap dapat terus membangun hubungan dengan Amerika selain memperkukuh hubungan Asean-Amerika."
- Encik Lee Hsien Loong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >