SEKITAR RAMADAN: MAJLIS IFTAR ANJURAN KEDUTAAN AMERIKA SYARIKAT
S'pura, Amerika sama-sama hargai pentingnya kepelbagaian, perluas titik persamaan
Duta Besar Amerika tekankan kunci kejayaan kedua-dua negara bergantung pada kemajuan meritokratik mereka yang layak tanpa mengira bangsa atau agama
Jun 29, 2016 | 05:30 AM
SINGAPURA dan Amerika Syarikat mengiktiraf dan menghargai pentingnya kepelbagaian, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim.
Beliau akur bukan mudah menangani perbezaan, sementara memupuk kewujudan bersama secara kreatif mahupun mengimbangi antara minat yang bertentangan sementara memperluas titik persamaan.