Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24

S'pura atasi HK sebagai pusat kewangan utama Asia

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

S'pura atasi HK sebagai pusat kewangan utama Asia

Sep 24, 2022 | 05:30 AM

HONGKONG: Singapura telah mengatasi Hongkong untuk menjadi pusat kewangan utama Asia - dan yang ketiga di dunia selepas naik tiga tangga - menurut satu laporan yang meletakkan New York dan London, masing-masing di tempat pertama dan kedua.

Hongkong jatuh ke tempat keempat, dihambat sekatan ketat Covid-19 dan ketandusan bakat, sedang San Francisco naik dua tangga menduduki tempat kelima dalam Indeks Pust Kewangan Sejagat (GFCI).

Hongkong sedang bertarung untuk mempertingkatkan semula peranannya sebagai hab kewangan sejagat sedang ia terus menyusul China dalam usaha memastikan kes Covid-19 berada pada paras minimun sedang dunia lain sudah membuka semula ekonomi mereka.

Satu puncak pakar bank sejagat pada November ini, direka untuk mengembalikan keyakinan di bandar tersebut, telah meraih ikrar daripada sekitar 20 firma utama untuk menghantar eksekutif handal mereka.

Namun ketidaktentuan yang menyelubungi peraturan kuarantin, yang menyebabkan kadar pelawat yang rendah, masih mengancam jumlah mereka yang akan hadir.

Sebaliknya, Singapura dijangka menyaksikan lebih daripada empat juta pelawat tahun ini.

Beberapa acara berprofil tinggi, termasuk Puncak Asia Institut Milken, Persidangan CEO Sejagat Forbes dan Grand Prix Singapura, akan membantu mempertingkat profil negara ini sebagai sebuah destinasi pelancongan.

Bandar-bandar China seperti Shanghai, Beijing dan Shenzhen semua mengekalkan kedudukan dalam 10 tempat teratas GFCI, meskipun bertarung dengan sekatan Covid-19 yang telah "memutuskan negara itu dari serata dunia".

Sementara itu, Paris kembali ke kedudukan 10 tempat teratas, sedang Tokyo jatuh ke tangga ke-16.

Sydney naik 10 tangga ke atas ke kedudukan 13.

Dubai dan Abu Dhadi kekal unggul di Timur Tengah, dengan masing-masing berada di tangga ke-17 dan 32.

Pusat kewangan Russia terjejas dek perang di Ukraine, dengan Moscow jatuh 22 tangga ke kedudukan ke-73, dan St Petersburg menjunam 17 tangga ke 114.

Barbados, Xi'an dan Wuhan pula berada di tiga tangga trakhir dalam senarai itu. - Agensi berita

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3