Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura, Australia setuju usahakan gelembung perjalanan udara

Jun 10, 2021 | 08:59 PM



SINGAPURA dan Australia akan berusaha ke arah menggerakkan gelembung perjalanan udara dengan kedua-dua negara akan menyediakan prasarana dan proses bagi menyambung semula perjalanan dua hala dalam keadaan selamat dan penuh berhati-hati.



Ini dijelaskan Perdana Menteri Singapura, Encik Lee Hsien Loong  dan Perdana Menteri Australia, Encik Scott Morrison, pada Khamis (10 Jun).



Mereka menemui media dalam satu sidang media bersama selepas mesyuarat di Istana di mana mereka berbincang tentang cabang kerjasama dua hala.



Ini adalah lawatan rasmi pertama pemimpin luar negara ke Singapura sejak mulanya pandemik Covid-19 tahun lalu. Ini juga merupakan perhentian kedua Encik Morrison selepas New Zealand, bulan lalu.



"Kami berbincang tentang bagaimana perjalanan dua hala antara Singapura dengan Australia akan akhirnya dapat disambung semula dalam keadaan selamat dan pertimbangan penuh berhati-hati, di mana kedua-dua pihak sudah bersedia," kata Encik Lee.



Beliau menambah perlu mempersiapkan prasarana dan proses bagi perjalanan udara seperti ini.



"Ia dimulakan dengan mengesahkan kesihatan dan sijik vaksinasi, kemungkinan dalam bentuk digital. Apabila persiapan sudah disediakan, barulah kita boleh memulakannya secara kecil-kecilan dengan gelembung perjalanan udara bagi membangun keyakinan dua pihak," katanya.



Mempersetujui kenyataan Encik Lee, Encik Morrison berkata meskipun masih ada masa  sebelum Singapura dan Australia boleh membuka gelembung perjalanan udara, kedua-dua negara sedang berusaha menyediakan sistem bagi membolehkan aturan ini dilaksanakan.



Encik Morrison juga berharap pelajar Singapura di Australia akan menjadi golongan pertama berpeluang mengembara daripada aturan ini.



Australia kini mempunyai gelembung udara satu hala dengan New Zealand, membolehkan warga New Zealand berkunjung tanpa kuarantin meskipun skim ini telah digantung beberapa kali sebagai respons pada penularan Covid-19.



Perbincangan pada Khamis adalah yang pertama dibuat secara pertemuan empat mata antara Encik Lee dan Encik Morrison dalam tempoh lebih setahun.



Di bawah Kerjasama Strategik Menyeluruh Singapura-Australia (CSP), perdana menteri kedua-dua negara bertemu setiap tahun tetapi perbincangan terakhir mereka diadakan secara maya pada Mac tahun lalu kerana pandemik Covid-19.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >