Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura-Australia tekan kerjasama galak keamanan di Laut China Selatan

May 01, 2023 | 07:30 PM



SINGAPURA dan Australia, mengesahkan kepentingan untuk terus bekerjasama demi menggalak keamanan dan kestabilan, termasuk di Laut China Selatan, dan menegakkan peraturan maritim berasaskan undang-undang.


Dalam satu kenyataan bersama Mesyuarat ke-13 Jawatankuasa Bersama Menteri Singapura-Australia yang dikeluarkan Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Isnin, dua negara itu turut melahirkan kebimbangan serius terhadap tingkah laku yang boleh meningkatkan risiko salah pengiraan dan tindakan sehala, yang berpotensi menjejas kestabilan dan mencabar status quo, seperti peningkatan kegiatan ketenteraan dalam perkara yang dipertikai.


Kedua-dua negara juga mengakui mereka menghadapi era ketidakpastian geostrategi yang kian meningkat dan ancaman terhadap peraturan berasaskan undang-undang antarabangsa.


Mereka juga bersetuju bahawa semua negara, tanpa mengira saiz, punya tanggungjawab menyumbang kepada kestabilan sejagat dan menyelesaikan pertikaian secara aman.


Pada mesyuarat yang berlangsung Isnin itu, Singapura diwakili Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan; Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen; dan Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong.


Australia pula diwakili Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan, Encik Richard Marles; Menteri Luar, Cik Penny Wong; dan Menteri Perdagangan dan Pelancong

an serta Menteri Khas Negara, Encik Don Farrell.


Selain kenyataan bersama mengenai isu pengembangan sejagat dan serantau, kenyataan itu juga menyentuh beberapa perkara lagi.


Ini termasuk Ekonomi, Perdagangan dan Pelaburan; Ehwal Luar Negara, Pertahanan dan Keselamatan; Hubungan Rakyat; Sains dan Inovasi; dan Ekonomi Digital dan Hijau.

Menteri dua negara itu juga bertukar-tukar pandangan mengenai kepentingan mengekalkan keamanan dan kestabilan di rantau Indo-Pasifik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >