Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura bakal hantar pakej bantuan Covid-19 kepada Riau

Jul 29, 2021 | 05:30 AM



SINGAPURA akan menghantar pakej bantuan kepada Kepulauan Riau (Kepri) untuk menyokong usahanya memerangi Covid-19.



Pakej bantuan itu merangkumi peralatan dan bekalan perubatan termasuk 250 silinder oksigen, ubat-ubatan, kit ujian pantas antigen serta peralatan perlindungan peribadi seperti pelitup N95, pelitup pembedahan dan sarung tangan perubatan.



Ini dinyatakan oleh Menteri di Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang juga Menteri Kedua Ehwal Luar merangkap Pendidikan, Dr Mohamad Maliki Osman, dalam panggilan video berasingan bersama Gabenor wilayah Kepri, Encik Ansar Ahmad, dan Datuk Bandar Batam, Encik Muhammad Rudi, kelmarin.



"Semasa panggilan video itu, Dr Maliki mengesahkan persahabatan yang lama antara Singapura dengan Kepri, dan menyampaikan pakej bantuan daripada Pemerintah Singapura untuk menyokong usaha Kepri memerangi Covid-19," kata Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam kenyataannya.



Pakej bantuan itu akan dihantar dari Singapura ke pelabuhan Batu Ampar di Batam dalam beberapa hari akan datang.



"Sebagai rakan karib dan rakan kongsi penting Kepri, Singapura akan terus bekerjasama rapat dengan Kepri dalam perjuangan bersama kami melawan Covid-19," kata kenyataan itu lagi.



Dalam satu kiriman Facebook kelmarin, Dr Maliki berkata beliau dan Encik Ansar serta Encik Rudi bercakap tentang cabaran Covid-19 yang dihadapi bersama, dan juga merenungkan bagaimana pemerintah dan rakyat mereka bertekad untuk memastikan virus itu terkawal.



"Saya memberi jaminan kepada Bapak Ansar dan Bapak Rudi bahawa Singapura sama-sama bersatu padu dengan Kepri dalam perjuangan ini.



"Kami juga menyatakan keyakinan bahawa walaupun dengan banyak cabaran yang ditimbulkan oleh pandemik ini, kami akan terus membangunkan kerjasama kukuh dan persahabatan yang erat," kata Dr Maliki.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >