Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:20
Asar
4:35
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

berita

S’pura bakal lancar panduan hadapi cuaca lebih panas

Jun 09, 2023 | 04:23 PM



Panduan rasmi untuk melindungi orang ramai daripada cuaca yang lebih panas akan dikeluarkan dalam beberapa minggu akan datang.

Ini sedang Singapura bersiap sedia untuk mengalami suhu lebih panas berikutan fenomena El Nino, ditambah pula dengan perubahan iklim.


Satu rangka kerja Nasihat Tekanan Haba akan memperincikan cara merancang aktiviti, tindakan perlindungan yang perlu diambil dan jenis pakaian yang perlu dipakai untuk aktiviti luar mengikut ramalan keadaan cuaca.

Ini dinyatakan Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu, semasa berucap di pelancaran Dialog Singapura mengenai Sumber Dunia Mampan (SWR) ke-10 di Hotel The Fullerton pada Jumaat.

Butiran rangka kerja itu akan diumumkan dalam minggu-minggu mendatang, jelasnya.

Khidmat Kaji Cuaca Singapura (MSS) berkata terdapat 70 peratus hingga 80 peratus kemungkinan fenomena El Nino – yang membawa cuaca lebih panas dan kering – boleh berlaku pada 2023.

Pada Mei, Singapura mencatatkan suhu tertinggi dalam tempoh 40 tahun yang lalu, iaitu 37 darjah Celcius.

Ini berlaku di kala Asia mengalami gelombang haba dan suhu tinggi dengan China, Laos, Thailand dan Vietnam mencatatkan rekod tertinggi di negara masing-masing.

Pertubuhan Kaji Cuaca Dunia telah membuat ramalan 98 peratus bahawa salah satu tahun daripada lima tahun mendatang akan berlakunya cuaca paling panas yang pernah dialami.

“Kami boleh menjangkakan lebih banyak kes kecederaan peribadi dan kehilangan nyawa bersangkutan perihal kepanasan,” kata Cik Fu.

Suhu yang lebih tinggi juga akan meningkatkan kejadian gangguan bekalan elektrik atau kekurangan air, tambah beliau.

“Ini akan mengganggu aktiviti sosial dan ekonomi kita dan membawa kepada kitaran kejam terhadap keperluan kuasa yang lebih tinggi disebabkan penggunaan alat hawa dingin dan peralatan rawatan air yang lebih banyak,” jelasnya.

Dalam pada itu, dialog tersebut menghimpunkan pemimpin perniagaan, pakar kemampanan dan ahli akademik untuk melihat secara retrospektif kemajuan Asean dalam mencapai kemampanan dalam sektor perniagaan tani dan pencapaian lalu bagi SWR.

Mereka juga akan meramalkan trend-trend baru yang membentuk tindakan bagi iklim, alam sekitar, masyarakat dan tadbir urus.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >