Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura bakal perkukuh kerjasama dagang elektrik, hidrogen bersih

Oct 27, 2021 | 05:30 AM



SINGAPURA akan memperkukuh kerjasama serantau dan antarabangsa dalam perdagangan elektrik dan hidrogen bersih untuk menyokong peralihan negara ini kepada sumber tenaga boleh diperbaharui sementara memastikan keselamatan dan kebolehpercayaan tenaga.



Di samping itu, satu piawaian nasional bagi sijil tenaga boleh diperbaharui dilancarkan semalam untuk menyokong penggunaan tenaga boleh diperbaharui kedua-dua di peringkat setempat dan serantau.



Sijil itu, yang berfungsi sebagai bukti elektrik dijana oleh sumber boleh diperbaharui, boleh dibeli syarikat untuk mengimbangi pelepasan karbon mereka jika mereka tidak dapat melabur dalam panel suria atau sumber boleh diperbaharui sendiri.



Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan, Dr Tan See Leng, di Persidangan Tenaga Bersih Asia semalam berkata ini merupakan beberapa langkah tambahan yang akan diambil Singapura untuk memenuhi permintaan elektrik yang semakin bertambah di tengah-tengah dorongan bagi sumber bersih dan boleh diperbaharui.



Persidangan itu, yang merupakan sebahagian daripada Minggu Tenaga Antarabangsa Singapura - sebuah persidangan lima hari mengenai isu tenaga yang diadakan secara hibrid di Expo dan Pusat Konvensyen Sands di Marina Bay Sands - menerima kedatangan para menteri dari Indonesia, Filipina dan Kemboja, yang berkongsi pandangan mengenai strategi mereka untuk mencapai matlamat tenaga boleh diperbaharui masing-masing.



Dalam usaha mempermudah perdagangan elektrik bersih serantau, Singapura akan memperluaskan rangkaian perdagangan tenaga bersihnya bersama rakan serantau, dan dalam proses itu, menarik pemain sejagat ke rantau ini.



"Ini akan membolehkan pembangunan grid kuasa serantau, yang boleh mempercepatkan pertumbuhan perdagangan elektrik rentas sempadan," kata Dr Tan yang juga Menteri Tenaga Manusia.



Tiga percubaan pengimportan elektrik dengan Malaysia, Indonesia dan Laos telah diumumkan sejauh ini.



Ini adalah Projek Penyepaduan Kuasa Laos-Thailand-Malaysia-Singapura untuk mengimport sehingga 100 megawatt (MW) kuasa hidro dari Laos ke Singapura melalui Thailand dan Malaysia menggunakan rangkaian sedia ada antara 2022 dengan 2023.



Selain itu, terdapat percubaan mengimport 100MW tenaga dari Malaysia melalui rangkaian sambung sedia ada; dan projek perintis mengimport kuasa suria dari Indonesia.



"Perkembangan sebuah grid serantau menyediakan peluang dalam rantaian nilai tenaga boleh diperbaharui dan boleh memanfaatkan ekosistem tenaga boleh diperbaharui semasa kita," kata Dr Tan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >