Subuh
5:48
Syuruk
7:05
Zuhur
1:10
Asar
4:16
Maghrib
7:13
Isyak
8:21

S'pura bakal tadbir lebih 2 juta dos vaksin Covid-19 dalam masa 2 bulan mendatang: Ong Ye Kung

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

S'pura bakal tadbir lebih 2 juta dos vaksin Covid-19 dalam masa 2 bulan mendatang: Ong Ye Kung

Dec 11, 2021 | 02:14 PM

LEBIH dua juta dos vaksin Covid-19 dijangka ditadbirkan dalam masa dua bulan mendatang.

Ini adalah sejajar dengan pengumuman Kementerian Kesihatan (MOH) pada Jumaat (10 Disember) bahawa kanak-kanak berusia antara lima dengan 11 tahun akan dapat menerima vaksin tersebut, manakala mereka yang berusia antara 18 dengan 29 tahun, yang telah lengkap divaksin secara asas sekurang-kurangnya lima bulan lalu akan dapat menerima suntikan penggalak.

Dalam pos Facebook pada Sabtu (11 Disember), Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, berkata perubahan ini amat penting dalam membantu mempersiapkan diri warga Singapura dengan kemunculan varian Omicron di sini.

"Kajian awal menunjukkan Omicron lebih mudah menjangkiti berbanding Delta. Justeru, menanti masa sahaja sebelum ia mula ketara di merata dunia, dan mungkin mengambil-alih kedudukan Delta sebagai varian yang lebih ketara," jelas Encik Ong.

Beliau yang mempengerusikan bersama pasukan bertindak berbilang kementerian dalam menangani pandemik ini menambah, tanda awal yang dilihat adalah jangkitan Omicron ini menyebabkan tanda lebih ringan tetapi kerana ia berpotensi lebih mudah menjangkiti, sebahagian kecil individu yang jatuh sakit sahaja boleh membawa pada tekanan teruk pada sistem jagaan kesihatan Singapura.

Kementerian Kesihatan (MOH) mengumumkan pada Jumaat bahawa kanak-kanak berusia antara lima dengan 11 tahun boleh menerima vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech/Comirnaty mulai hujung bulan ini.

Vaksinasi bagi kumpulan ini dijangka bermula sejurus kumpulan vaksin baru diterima.

Kanak-kanak akan diberi dos lebih kecil - sepertiga daripada yang digunakan buat individu 12 tahun ke atas - dan suntikannya pula dijarakkan pada sekurang-kurangnya 21 hari.

Encik Ong berkata Kementerian Pendidikan (MOE) akan menyusul dengan pengumuman lebih terperinci mengenai perkara ini.

Beliau menggesa mereka yang belum divaksin agar mendapatkan suntikan mereka dan bagi mereka yang belum menerima suntikan penggalak juga.

Beliau juga menambah Singapura kini mempunyai lebih stok Moderna daripada Pfizer-BioNTech dan akan menerima lebih banyak kiriman pada Januari tahun depan.

"MOH menggalak anda agar tidak menunggu dan jika sampai masanya, ayuh ambil suntikan penggalak tanpa mengira vaksin mRNA mana. Ini adalah cara terbaik mempersiapkan diri bagi varian Omicron," katanya.

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3