Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura bakal terima bekalan vaksin Covid-19 'Comirnaty' yang sama seperti Pfizer: MOH

Jun 23, 2021 | 06:23 PM



SINGAPURA bersedia menerima bekalan vaksin Covid-19 yang dipanggil Comirnaty sedang negara ini berusaha menambah bekalan bagi mendapatkan seberapa ramai penduduk untuk jalani vaksinasi.



Dalam satu kenyataan pada Rabu (23 Jun), Kementerian Kesihatan (MOH) berkata vaksin ini sama seperti vaksin Pfizer-BioNTech yang kini digunakan dalam program vaksinasi nasional.



Ia mempunyai nama kajian yang sama, BNT162b2, kata MOH.



Vaksin Comirnaty ini dihasilkan mengikut proses dan prosedur yang sama serta memenuhi ketetapan produk yang siap terhasil seperti suntikan Pfizer-BioNTech, jelas MOH.



Vaksin ini juga dihasilkan di Eropah dan dikirimkan langsung ke Singapura. Satu sahaja perbezaannya adalah label.



Ini adalah kerana vaksin Pfizer-BioNTech yang digunakan di Singapura dihasilkan di beberapa tempat merata Eropah dan dilabel mengikut kebenaran pengaturan di beberapa pasaran, jelas MOH.



Kerana itu, pihak kementerian akan mengubahsuai rekod HealthHub individu yang telah menerima atau bakal menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech atau Comirnaty.



Vaksin ini akan dilabel sebagai Pfizer-BioNTech/Comirnaty dalam rekod.



Moderna adalah vaksin mRNA yang buat masa ini digunakan di Singapura dan diluluskan Penguasa Sains Kesihatan (HSA).



Vaksin Sinovac pula kekal tidak berdaftar di sini dan tidak diluluskan HSA bagi kegunaan di bawah Laluan Akses Khas Pandemik tetapi ia boleh ditadbir di 24 klinik jagaan kesihatan swasta.



Vaksin Sinovac disediakan di bawah rangka kerja Laluan Akses Khas, lantas itu, tidak disertakan di bawah Program Bantuan Kewangan Kecederaan Vaksin yang bertujuan untuk program vaksinasi nasional.



Singapura menetapkan sasaran memberi vaksinasi bagi separuh penduduknya menjelang Ogos dan sekurang-kurangnya 75 peratus penduduk menjelang Oktober.



Sehingga Sabtu lalu, lebih separuh penduduk sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin Covid-19.



Sekitar 36 peratus penduduk pula sudah menerima suntikan penuh dua dos suntikan. 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >