Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura bangga dipilih ahli suruhanjaya PBB perangi dadah

Apr 08, 2023 | 05:30 AM



MENTERI Perhubungan dan Penerangan merangkap Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri, Cik Josephine Teo, berbesar hati Singapura telah dipilih menyertai Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Dadah Narkotik (CND) bagi penggal 2024 hingga 2027.



Dalam pos Facebook yang dimuatnaiknya, Cik Teo berkata:



"Kami berbesar hati dipilih dan akan bekerjasama dengan aktif bersama negara anggota lain ke arah menangani masalah dadah dunia."



Menurutnya, ini kali pertama Singapura berusaha menjadi ahli CND setelah berkhidmat sebagai Pemerhati sejak 1997.



Sebagai badan penggubalan dasar dadah utama PBB, CND bertemu secara tahunan untuk menyemak keadaan dadah global, membangun strategi mengenai kawalan dadah antarabangsa, dan menyarankan langkah-langkah untuk memperkukuh kerjasama antarabangsa bagi melawan ancaman dadah yang meningkat, kata Cik Teo.



Singapura merupakan antara 33 negara, seperti Amerika Syarikat, Thailand, China, Jepun dan Indonesia, yang dipilih menjadi sebahagian suruhanjaya itu bagi penggal sama pada Rabu.



Keputusan itu diumumkan sewaktu Mesyuarat Pleno ke-17 Majlis Ekonomi dan Sosial PBB yang diadakan di New York.



Singapura, bersama 52 negara anggota lain, akan berkhidmat dari 2024 hingga 2027 dan memegang hak mengundi sepanjang tempoh perkhidmatannya.



Cik Teo, yang memimpin delegasi Singapura di CND PBB pada 2021, mengumumkan hasrat Republik ini untuk menjadi ahli sewaktu mesyuarat tersebut.



Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, berkata dalam ucapan pembukaannya sewaktu pelancaran bidaan bagi keahlian CND di New York pada Februari bahawa Singapura merancang memenuhi tiga ikrar jika dipilih.



Tiga ikrar itu adalah mempromosikan dialog dan kerjasama lebih besar mengenai program dan dasar dadah, menyumbang kepada pembinaan keupayaan dalam bentuk menganjurkan bengkel dan program, serta memperjuangkan tumpuan lebih besar terhadap pemulihan bagi pesalah dadah.



Beliau berkata:



"Tidak ada satu-satunya huraian bagi semua masalah dadah yang mempunyai pelbagai sudut, dan setiap negara perlu memutuskan dasar dadahnya sendiri berdasarkan konteksnya.



" Tetapi banyak yang kita dapat pelajari daripada satu sama lain apabila membangunkan dasar ini."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >