S'pura bantah langkah M'sia luaskan had pelabuhan JB
Langkah jejas kedaulatan S'pura; berkata tidak teragak-agak ambil tindakan terhadap mereka menceroboh
Dec 05, 2018 | 05:30 AM
SINGAPURA telah mengemukakan 'bantahan kuat' kepada kerajaan Malaysia berhubung tindakan terbarunya yang menjejas kedaulatan Singapura, dan berkata ia tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap mereka yang menceroboh dan menjalankan kegiatan haram itu.
Ini setelah Malaysia ingin meluaskan had pelabuhan Johor Bahru baru-baru ini yang dikatakan mencerobohi kawasan perairan wilayah Singapura dekat Tuas, kata Kementerian Pengangkutan (MOT) dalam kenyataan semalam.