Subuh
5:36
Syuruk
6:53
Zuhur
12:57
Asar
4:02
Maghrib
7:00
Isyak
8:08
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

S’pura, Batam sambut baik peluasan perjalanan bebas kuarantin

Apr 01, 2022 | 10:19 PM

SINGAPURA dan Batam mengalu-alukan peluasan perjalanan bebas kuarantin dua hala antara dua pihak bagi   pengembara yang telah diberi vaksin sepenuhnya.
Langkah yang bermula pada 1 April, dijangka  memberi rangsangan kepada sektor pelancongan di Singapura dan Batam, serta  membantu memulihkan ekonomi dan hubungan rakyat dengan rakyat.
Menulis di Facebooknya pada Jumaat (1 Apr),  Menteri Kedua Ehwal Luar merangkap Pendidikan, Dr Mohamad Maliki Osman, berkata beliau gembira dapat berjumpa dengan rakan baiknya Datuk Bandar Batam, Encik  Muhammad Rudi, semasa makan tengah hari pada Jumaat.


Ini adalah pertemuan pertama mereka sejak wabak Covid-19 bermula.
Malah, Bapak Rudi adalah pelawat pertama  dari Batam yang melawat Singapura di bawah Rangka Kerja Perjalanan bagi yang Sudah Menjalani Vaksinasi (VTF) yang bermula 1 April.


“Kami mengesahkan semula hubungan kukuh antara Singapura dengan Batam serta bertukar pandangan mengenai kemungkinan bidang kerjasama antara kedua-dua pihak, termasuk dalam tenaga dan ekonomi digital.”
“Menjelang Ramadan yang menjelang tiba, saya juga mengucapkan selamat berpuasa kepada Bapak Rudi sekeluarga, dan berharap dapat mengunjungi Batam dan bertemu dengan beliau lagi tidak lama lagi,” kata Dr Maliki.
 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3