Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura bekalkan lebih banyak air bersih kepada M'sia atas permintaan Johor

Jan 07, 2019 | 03:22 PM



AGENSI air nasional PUB telah menambah bekalan air bersih kepada Malaysia, atas permintaan Johor.



Ini menyusuli pencemaran yang menjejas penghasilan air bersih di Johor.



Menurut PUB semalam (6 Januari), mereka telah membekalkan tambahan 6 juta gelen sehari (mgd) air yang telah dirawat antara 2 hingga 4 Januari lalu.



Tambahnya, penghasilan air di loji air Johor terjejas baru-baru ini dek pencemaran di kawasan tadahan sungai.



Bagaimanapun, Johor River Waterworks (JRWW), yang dikendalikan PUB, tidak terjejas akibat kejadian tersebut.



Jumlah 6 mgd air itu merupakan tambahan selain 16 mgd air yang biasanya dibekalkan Singapura kepada Johor.



Di bawah Perjanjian Air 1962, Singapura harus membekalkan 5 mgd air yang telah dirawat kepada Johor.



Namun, negara ini telah membekalkan sebanyak 16 mgd air yang sudah dirawat kepada Johor atas permintaan mereka.



Menurut PUB, mereka membekalkan semua air yang sudah dirawat itu, melebihi 5 mgd air yang perlu dibekalkannya kepada Johor di bawah Perjanjian Air 1962, pada harga sama yang ditetapkan di bawah perjanjian itu – 50 sen bagi setiap 1,000 gelen – atas dasar muhibah.



PUB berkata agensi air kedua-dua negara telah lama menjalin kerjasama.



“Sejauh ini, PUB amat responsif membantu penduduk Johor mengurangkan kesan gangguan kepada bekalan air mereka, atas semangat kejiranan,” kata PUB.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >