Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura bekerjasama dengan UK bagi ekstradisi perompak StanChart

Feb 13, 2020 | 03:32 PM



PEJABAT Peguam Negara (AGC) dan Pasukan Polis Singapura (SPF) sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Britain bagi ekstradisi David James Roach, lelaki yang dituduh merompak sebuah bank di sini pada 2016.



Roach, warga Canada, akan dihadapkan dengan dakwaan rompakan dan pengubahan wang haram, menurut satu kenyataan bersama yang dikeluarkan AGC dan SPF.



"Pihak berkuasa Singapura akan melakukan apa yang patut dan dibenarkan menurut rangka kerja undang-undang kami untuk menuntut keadilan bagi mereka yang melakukan jenayah di Singapura, tidak kira kewarganegaraan mereka atau ke mana mereka telah melarikan diri," kata kenyataan itu.



Roach dituduh merompak sebanyak $30,450 dari cawangan bank Standard Chartered di Holland Village pada 7 Julai 2016, dan telah melarikan diri ke Thailand pada hari yang sama.



Dia ditahan oleh Jabatan Ekstradisi Polis Metropolitan London pada Januari 2018 ketika berada dalam transit di sana, lapor The Straits Times.

Pada Oktober 2018, dia diperintahkan untuk diekstradisi dan telah merayu terhadap keputusan tersebut namun ditolak.  



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >