Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura bekerjasama dengan WHO memperjuangkan kesediaan kecemasan kesihatan di bandar dan sekitaran urban

Jan 14, 2022 | 11:07 PM



SINGAPURA, sebagai anggota Lembaga Eksekutif Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), telah bekerjasama dengan badan itu untuk memperjuangkan kesediaan terutama di bandar dan sekitaran urban, kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung.


Dan sedang usaha itu bermula sebelum Covid-19 melanda, pandemik ini telah membesarkan lagi peranan penting yang bandar dan sekitaran urban mainkan dalam menghalang, mempersiap menghadapi, bertindak balas kepada dan pulih daripada kecemasan kesihatan.


Encik Ong menyatakan demikian dalam ucapannya di Sesi Maklumat tentang Mengukuhkan Kesediaan Kecemasan Kesihatan di Bandar dan Sekitaran Urban pada Jumaat (13 Jan).


Salah satu tujuan acara itu adalah untuk menghebahkan pelancaran Rangka Kerja WHO untuk Memperkukuh Kesediaan Kecemasan Kesihatan di Bandar dan Sekitaran Bandar.


Encik Ong menerangkan, mengukuhkan kesediaan dalam sekitaran urban menyumbang kepada usaha Parti-Parti Negeri dalam merealisasikan komitmen mereka kepada Peraturan Kesihatan Antarabangsa.


Selain itu, pakar bebas dan tokoh terbilang telah menyokong transformasi kesediaan pandemik global dan sistem tindak balas.


Beliau juga berkata, momentum politikal untuk mengukuhkan kesediaan global, serantau, negara dan subnegara perlu diteruskan.


"Saya mahu meluahkan penghargaan Singapura di atas kepimpinan yang ditunjukkan WHO semasa tempoh sukar ini. Saya juga ingin menghargai kepimpinan Pengarah Serantau Pasifik Barat, Dr Takeshi Kasai, dalam membimbing kerja penting yang dilakukan di rantau kita.


"Kita mesti belajar daripada pengajaran perit daripada pandemik Covid-19 dan memastikan bahawa kita bersedia untuk kemunculan Penyakit X yang tidak dapat dielakkan. Tetapi dengan bekerjasama, saya percaya kita akan berjaya," kata Encik Ong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >