SINGAPURA akan membenarkan perjalanan umum ke Brunei dan New Zealand selain perjalanan pelajar yang menuntut di luar negara mulai 1 September ini.
Namun mereka yang ingin melawat Brunei dan New Zealand dinasihati untuk memeriksa peraturan yang dikenakan negara tersebut, selain mengambil langkah berjaga-jaga.
Pelajar yang belajar di luar negara di institusi di mana pembelajaran jarak jauh tidak ditawarkan juga akan dibenarkan untuk melakukan perjalanan tersebut, kata Menteri Pendidikan Lawrence Wong dalam sidang akhbar maya hari ini (21 Ogos).
Encik Wong juga merupakan pengerusi bersama pasukan bertindak menangani Covid-19 Singapura.