Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MELAWAN KEPALSUAN MAKLUMAT

S'pura bentang 3 strategi tangani maklumat palsu

Jan 29, 2022 | 05:30 AM



SINGAPURA yang telah sekian lama mengkaji isu kesalahan maklumat dalam talian mempunyai tiga strategi dalam menangani perihal ini yang memanfaatkan pendekatan seisi masyarakat melibatkan sektor awam, swasta dan sektor akar umbi dan badan bukan pemerintah tidak mengaut untung.



Membentangkan strategi tersebut di Sidang "Penggubalan Undang-Undang dan Usaha Perangi Maklumat Palsu Di Asia Tenggara" kelmarin, Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan), Dr Janil Puthucheary, yang menggunakan perumpamaan 'tripod', atau alat berkaki tiga untuk menopang kamera, berkata alat penggubalan undang-undang perlu disertakan dengan peranan yang dimainkan masyarakat awam yang berpengetahuan serta semakan fakta dalam mengatasi isu kesalahan maklumat.



Ini berdasarkan pengamatan Jawatankuasa Pilihan Berkenaan Kepalsuan Dalam Talian Yang Disengajakan dan ditubuhkan pada 2018, jelasnya semasa menyampaikan ucapan dasar acara anjuran agensi kajian pemasaran dan sosial, Black Dot Research, yang menawarkan khidmat pemeriksaan fakta.



Strategi pertama ialah dengan penggubalan undang-undang yang sesuai untuk tujuan untuk menghentikan kepalsuan sedang ia menular dalam talian.



Jawatankuasa Pilihan sebulat suara mengusulkan penggubalan undang-undang baru untuk menangani masalah ini. Pada 2019, Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi dalam Talian (Pofma) diperkenalkan untuk memastikan orang ramai tidak tersilap diberitahu atau tersilap didorong ke arah mempercayai kepalsuan dalam talian yang menentang kepentingan awam.



"Penggubalan undang-undang ini membenarkan pemerintah untuk mengeluarkan arahan menentang penyampai kepalsuan atau platform jika dua ketetapan perundangan dipenuhi. Pastinya ada kepalsuan - kenyataan yang palsu dari segi fakta. Ia juga dalam kepentingan awam untuk menggunakan Pofma untuk lakukan sesuatu mengenainya," jelas Dr Puthucheary.



Menurutnya, pendekatan yang diambil adalah dengan memberikan maklumat yang tepat bagi menangani kesilapan maklumat. Pofma bergantung pada keupayaan memberikan fakta. Pembetulan dikeluarkan melibatkan penjelasan oleh pemerintah dan ia disisipkan bersama pos yang mengandungi kepalsuan.



"Kepalsuan asal kekal dan ia kelak ada sepenuhnya. Orang awam boleh melihat kenyataan asal dan memahami konteks penjelasan yang dikeluarkan pemerintah, seiringan dengan yang asal. Penggubalan undang-undang tidak menyediakan akses untuk menyekat (atau menurunkannya) tetapi ia digunakan sebagai pilihan terakhir jika tidak patuh dengan arahan pembetulan," katanya.



Mengenai strategi kedua, pemerintah mempunyai peranan menjunjung kepercayaan pada institusi awam dalam memastikan komunikasi proaktif dengan maklumat tepat dapat diberikan pada waktu yang tepat. Ini mengurangkan ruang bagi kepalsuan maklumat khususnya sewaktu Covid-19.



Beberapa platform termasuk laman pemerintah, pesanan privet dan saluran media sosial digunakan dalam memastikan kita mempunyai akses pada berbilang bahasa untuk menyampaikan maklumat penting tentang vaksin Covid-19 kepada semua segmen masyarakat.



Akhir sekali, Dr Puthucheary berkata pertumbuhan ekosistem pemeriksaan fakta perlu digalakkan. Pemeriksa fakta memainkan peranan penting dalam menangani kesilapan maklumat dan merupakan industri yang tumbuh dalam pelbagai negara.



"Biasanya tidak kelihatan kepada orang awam, tetapi kita yang berhimpun di sini hari ini tahu pemeriksaan fakta bermutu tinggi sangat intensif dari segi sumber. Ia mencabar bagi pemeriksa fakta untuk bekerja sendiri, diberi batasan sumber untuk membangun keupayaan, membina pangkalan data, mengikut trend dan maklumat yang ada di luar sana.



"Malahan, pemeriksa fakta perlu bekerjasama dengan satu sama lain dan bersama pemegang taruh untuk menyatupadukan usaha dalam menentang kesilapan maklumat. Saya gembira melihat Rangkaian Pemeriksa Fakta Asia (AFCN) menyatukan pemeriksa fakta dan pemegang taruh daripada sektor seperti media, ahli akademik untuk berhubung, berkongsi amalan terbaik dan bertukar ilmu, keterangan dan kepakaran," ujarnya lagi.







PENGGUBALAN UNDANG-UNDANG



"Penggubalan undang-undang ini membenarkan pemerintah untuk mengeluarkan arahan menentang penyampai kepalsuan atau platform jika dua ketetapan perundangan dipenuhi. Pastinya ada kepalsuan - kenyataan yang palsu dari segi fakta. Ia juga dalam kepentingan awam untuk menggunakan POFMA untuk lakukan sesuatu mengenainya.



Kepalsuan asal kekal dan ia kelak ada sepenuhnya. Orang awam boleh melihat kenyataan asal dan memahami konteks penjelasan yang dikeluarkan pemerintah, seiringan dengan yang asal. Penggubalan undang-undang tidak menyediakan akses untuk menyekat (atau menurunkannya) tetapi ia digunakan sebagai pilihan terakhir jika tidak patuh dengan arahan pembetulan."



PERTUMBUHAN EKOSISTEM PEMERIKSAAN FAKTA



"...Pemeriksa fakta perlu bekerjasama dengan satu sama lain dan bersama pemegang taruh untuk menyatupadukan usaha dalam menentang kesilapan maklumat. Saya gembira melihat Rangkaian Pemeriksa Fakta Asia (AFCN) menyatukan pemeriksa fakta dan pemegang taruh daripada sektor seperti media, ahli akademik untuk berhubung, berkongsi amalan terbaik dan bertukar ilmu, keterangan dan kepakaran."- Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan), Dr Janil Puthucheary, mengenai strategi Singapura dalam menangani kesalahan maklumat dalam talian.







STRATEGI SINGAPURA MEMBANTERAS KEPALSUAN DI DALAM TALIAN



  • MENGGUBAL UNDANG-UNDANG

Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi dalam Talian (Pofma) diperkenalkan pada 2019, undang-undang ini bertujuan memastikan orang ramai tidak tersilap diberitahu atau tersilap didorong ke arah mempercayai kepalsuan dalam talian yang menentang kepentingan awam.



  • MEMUPUK PIHAK AWAM YANG BERPENGETAHUAN

Usaha bersama agensi pemerintah, syarikat privet dan kumpulan-kumpulan dalam masyarakat, serta pihak berkepentingan lain untuk memastikan pihak awam terus yakin dengan maklumat yang disebarkan oleh institusi penting, seperti semasa pandemik Covid-19 ini, yang dilakukan menerusi pelbagai platform.



Ini termasuk usaha oleh Majlis Celik Media (MLC), pergerakan masyarakat seperti Digital Sepanjang Hayat dan Pusat bagi Internet dan Masyarakat yang Diyakini (CTIC) di Universiti Nasional Singapura (NUS).



  • MENGEMBANG EKOSISTEM PEMERIKSAAN FAKTA

Pemeriksa fakta memainkan peranan penting dalam menangani kesilapan maklumat dan merupakan industri yang tumbuh dalam pelbagai negara.



Usaha ini memerlukan sumber yang luas dan mendalam dan kerjasama antara beberapa pihak diperlukan untuk melaksanakan pemeriksaan yang menyeluruh.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >