Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura bentang tiga strategi tangani kesalahan maklumat dalam talian: Janil Puthucheary

Jan 27, 2022 | 09:57 PM



SINGAPURA yang telah sekian lama mengkaji isu kesalahan maklumat dalam talian mempunyai tiga strategi dalam menangani perihal ini yang memanfaatkan pendekatan seisi masyarakat melibatkan sektor awam, swasta dan manusia.



Membentangkan strategi tersebut di Sidang "Penggubalan Undang-Undang dan Menentang Maklumat Palsu Di Asia Tenggara" pada Khamis (27 Januari), Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan), Dr Janil Puthucheary, yang menggunakan perumpamaan 'tripod' atau alat berkaki tiga, berkata alat penggubalan undang-undang perlu disertakan dengan masyarakat awam yang berpengetahuan serta semakan fakta dalam mengatasi isu kesalahan maklumat.



Ini berdasarkan pengamatan Jawatankuasa Pilihan Berkenaan Kepalsuan Dalam Talian Yang Disengajakan dan ditubuhkan pada 2018, jelasnya yang menyampaikan ucapan dasar acara tersebut.



Strategi pertama ialah dengan penggubalan undang-undang yang sesuai untuk tujuan untuk menghentikan kepalsuan sedang ia menular dalam talian.



Jawatankuasa Pilihan sebulat suara mengusulkan penggubalan undang-undang baru untuk menangani masalah ini. Pada 2019, Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi dalam Talian (Pofma) diperkenalkan untuk memastikan orang ramai tidak tersilap diberitahu atau tersilap didorong ke arah mempercayai kepalsuan dalam talian yang menentang kepentingan awam.



"Penggubalan undang-undang ini membenarkan pemerintah untuk mengeluarkan arahan menentang penyampai kepalsuan atau platform jika dua ketetapan perundangan dipenuhi. Pastinya ada kepalsuan - kenyataan yang palsu dari segi fakta. Ia juga dalam kepentingan awam untuk menggunakan POFMA untuk lakukan sesuatu mengenainya," jelas Dr Puthucheary.



Menurutnya, pendekatan yang diambil adalah dengan memberikan maklumat yang tepat bagi menangani kesilapan maklumat. POFMA bergantung pada keupayaan memberikan fakta. Pembetulan dikeluarkan melinatkan penjelasan oleh pemerintah dan ia disisipkan bersama pos yang mengandungi kepalsuan.



"Kepalsuan asal kekal dan ia kelak ada sepenuhnya. Orang awam boleh melihat kenyataan asal dan memahami konteks penjelasan yang dikeluarkan pemerintah, seiringan dengan yang asal. Penggubalan undang-undang tidak menyediakan akses untuk menyekat (atau menurunkannya) tetapi ia digunakan sebagai pilihan terakhir jika tidak patuh dengan arahan pembetulan," katanya.



Mengenai strategi kedua, pemerintah mempunyai peranan menjunjung kepercayaan pada institusi awam dalam memastikan komunikasi proaktif dengan maklumat tepat dapat diberikan pada waktu yang tepat. Ini mengurangkan ruang bagi kepalsuan maklumat khususnya sewaktu Covid-19.



Beberapa platform termasuk laman pemerintah, pesanan privet dan saluran media sosial digunakan dalam meamstikan kita mempunyai akses pada berbilang bahasa untuk menyampaikan maklumat penting tentang vaksin Covid-19 kepada semua segmen masyarakat.



Akhir sekali, Dr Puthucheary berkata pertumbuhan ekosistem pemeriksaan fakta perlu digalakkan. Pemeriksa fakta memainkan peranan penting dalam menangani kesilapan maklumat dan merupakan industri yang tumbuh dalam pelbagai negara.



"Biasanya tidak kelihatan kepada orang awam tetapi kita yang berhimpun di sini hari ini tahu pemeriksaan fakta bermutu tinggi sangat intensif dari segi sumber. Ia mencabar bagi pemeriksa fakta untuk bekerja sendiri, diberi batasan sumber untuk membangun keupayaan, membina pangkalan data, mengikut trend dan maklumat yang ada di luar sana.



"Malahan, pemeriksa fakta perlu bekerjasama dengan satu sama lain dan bersama pemegang taruh untuk satupadukan usaha dalam menentang kesilapan maklumat. Saya gembira melihat Rangkaian Pemeriksa Fakta Asia (AFCN) menyatukan pemeriksa fakta dan pemegang taruh daripada sektor seperti media, ahli akademik untuk berhubung, berkongsi amalan terbaik dan bertukar ilmu, keterangan dan kepakaran," ujarnya lagi.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >