Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura bentang usaha lindungi penduduk, perkukuh hak asasi semasa pandemik

Apr 02, 2021 | 05:30 AM



SINGAPURA telah mengambil langkah untuk memastikan kesihatan, mata pencarian dan hak asasi semua warga dan penduduknya dilindungi semasa pandemik Covid-19, kata pemerintah dalam satu laporan nasional mengenai hak asasi.



Laporan yang dikeluarkan semalam itu memperincikan langkah yang diambil untuk mengatasi pandemik, serta memberi perkembangan tentang situasi hak asasi manusia di Singapura.



Laporan 39 muka surat itu telah dihantar Januari lalu, menjelang Semakan Berkala Sejagat (UPR) ketiga bagi Singapura yang akan diadakan di mesyuarat Majlis Hak Asasi Manusia di Geneva, Switzerland pada 12 Mei nanti.



UPR ialah satu proses yang menyemak situasi hak asasi manusia semua anggota negara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) setiap lima tahun.



Duta Kelana Profesor Chan Heng Chee akan mengetuai rombongan Singapura ke UPR kali ini, kata Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam satu kenyataan semalam.



Semasa menyiapkan laporan itu, pemerintah juga telah mendekati beberapa pertubuhan masyarakat sivil mengenai isu yang dikupas dalam laporan itu.



Dalam laporan nasionalnya kali ini, pemerintah Singapura menggariskan langkah yang telah diambil untuk mengatasi kesan daripada pandemik Covid-19.



"Respons Singapura kepada pandemik telah menunjukkan kami mempunyai modal sosial untuk muncul lebih kukuh dan mengatasi krisis pada masa depan.



"Singapura telah mengambil tindakan kukuh, termasuk menubuhkan Pasukan Bertindak Bangkit Lebih Kukuh pada Mei 2020, untuk mengenal pasti peluang dalam dunia pasca-Covid," menurut laporan itu.



Laporan itu memperincikan langkah dari segi ekonomi, sokongan sosial dan usaha melindungi kumpulan mudah terjejas termasuk keluarga berpendapatan rendah dan pekerja migran, semasa pandemik Covid-19.



Selain itu, laporan tersebut membentangkan pelaksanaan saranan yang telah diterima Singapura berkaitan hak asasi manusia sejak semakan terakhir pada 2016.



Ini termasuk memperkukuh perlindungan bagi kanak-kanak dan belia menerusi perubahan undang-undang, menyokong wanita dan meningkatkan perwakilan mereka, serta meningkatkan perlindungan bagi pekerja migran.



Setelah semakan kedua Singapura pada 2016, pemerintah telah menyokong sebanyak 125 daripada 236 saranan secara keseluruhan atau sebahagiannya.



"Singapura menyertai proses UPR sebagai Anggota Negara UN yang bertanggungjawab. Kami menantikan untuk meneruskan perbincangan yang positif dan membina bersama Anggota Negara UN lain serta pertubuhan masyarakat sivil mengenai pencapaian dan cabaran kami.



"Ini termasuk mengongsi pendekatan kami yang pragmatik dan berasaskan natijah terhadap hak asasi manusia, yang bertujuan meningkatkan kehidupan dan kepentingan semua warga Singapura dalam konteks unik sejarah, sosial dan budaya kami," kata MFA dalam kenyataannya.



Dalam laporan itu, pemerintah Singapura turut menjelaskan pendekatan Singapura bagi hak asasi manusia adalah berdasarkan prinsip yang mengambil kira konteks budaya, sosial, ekonomi dan sejarah negara, serta berasaskan peraturan undang-undang.



"Seperti semua negara, kami harus mengimbangi hak individu dan masyarakat.



"Kami mesti sentiasa menolak gesaan untuk memberi hak istimewa kepada mana-mana kumpulan, dan sentiasa ingat bahawa faktor kaum, bahasa dan agama telah mengancam untuk memecah belahkan masyarakat kami pada tahun-tahun awal kami," menurut laporan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >