Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S'pura beri tumpuan pemulihan tenaga kerja inklusif pasca-Covid-19

Jun 17, 2021 | 05:30 AM



SINGAPURA sedang memberi tumpuan untuk memastikan pemulihan daripada pandemik Covid-19 bersifat inklusif, dengan usaha dijalankan untuk membina tenaga kerja yang berdaya tahan dan melaksanakan pendekatan mampan supaya tempat kerja selamat untuk semua.



Demikian kata Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng, dalam ucapannya di Persidangan Buruh Antarabangsa Ke-109 semalam.



Dr Tan telah mengongsi tiga bidang utama yang ditumpukan negara ini dalam perjalanan pemulihan daripada Covid-19.



Antaranya, pemerintah negara ini telah memperuntukkan $100 bilion untuk membantu pekerja dan perniagaan.



"Daripada jumlah itu, AS$18.5 bilion ($25 bilion) telah diagihkan di bawah Skim Bantuan Pekerjaan (JSS) untuk menampung gaji dan menyelamatkan pekerjaan.



"Ini telah memberi manfaat kepada sebahagian besar tenaga kerja kita yang mempunyai lebih dua juta pekerja dalam lebih 150,000 firma.



"Hampir 200,000 individu yang bekerja sendiri juga telah menerima bayaran wang tunai berjumlah hampir AS$7,000 ($9,000) setiap seorang di bawah Skim Bantuan Pendapatan bagi Individu yang Bekerja Sendiri (SIRS)," kata beliau.



Bagi golongan pekerja bergaji rendah pula, pemerintah berharap dapat merangkumi semua sektor di bawah gaji progresif dalam usaha mempertingkat kemahiran dan gaji golongan itu.



Demi membina tenaga kerja yang berdaya tahan dan dapat menyesuaikan diri pada perubahan, Dr Tan berkata rakan tiga pihak Singapura bekerjasama membantu pemohon kerja yang terjejas oleh Covid-19 meraih pengalaman yang relevan dengan industri dalam sektor pertumbuhan utama.



Misalnya, hampir 93,000 pekerja berjaya mendapatkan peluang pekerjaan baru dan penempatan kemahiran di bawah inisiatif Pakej Pekerjaan dan Kemahiran SGUnited sehingga hujung Februari lalu.



Insentif Pertumbuhan Pekerjaan (JGI) pula menyediakan pembiayaan gaji untuk menyokong pengambilan pekerja dalam sektor pertumbuhan, dengan majikan boleh menerima sehingga $15,000 bagi setiap pekerja di bawah usia 40 tahun, dan $54,000 bagi pekerja berusia 40 tahun ke atas.



Negara ini juga melaksanakan langkah-langkah pengurusan selamat demi memastikan pekerja dapat kembali ke tempat kerja dengan selamat.



Keutamaan juga diberikan bagi kesejahteraan mental pekerja, kata Dr Tan, dengan antara inisiatif yang diperkenalkan ialah iWorkHealth - alat digital yang membantu majikan mengenal pasti apakah yang membuat pekerja mereka rasa tertekan.



Sebuah Penasihat Tiga Pihak mengenai Kesejahteraan Mental di Tempat Kerja juga telah dilancarkan untuk memberi bimbingan kepada majikan dalam menangani isu kesihatan mental pekerja



Selain itu, pemerintah bekerjasama dengan badan-badan bukan pemerintah untuk melancarkan Projek Dawn - sebuah pasukan petugas baru bagi mempertingkat penjagaan dan sokongan kesihatan mental pekerja migran.



"Pemerintah Singapura komited memastikan masa depan pekerjaan pasca-Covid-19 mempunyai pekerjaan lebih baik dan tempat kerja lebih selamat untuk semua," kata Dr Tan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >